EN | BM

McDonald’s Malaysia mengunjungi Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi meneruskan komitmennya untuk memberi keceriaan kepada kanak-kanak dari 400 rumah kebajikan sempena Program Bulan Komuniti.

Kuala Lumpur, 24 September 2024 – McDonald’s Malaysia kembali membawa keceriaan kepada 12,000 anak-anak yatim dari 400 rumah-rumah kebajikan menerusi salah satu inisiatif kemasyarakatannya, Program Bulan Komuniti, bermula semalam.

Program yang diasaskan sejak tahun 2017 itu dikhususkan untuk meraikan hari jadi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan sambutan hari jadi yang istimewa dan bermakna bagi mencipta detik-detik indah yang akan mereka ingati. Program ini dijalankan oleh kesemua restoran McDonald’s Malaysia yang kini mempunyai lebih 370 cawangan di seluruh negara.

“Bulan Komuniti adalah program teras dalam inisiatif kemasyarakatan McDonald’s Malaysia kerana ia mencerminkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Malaysia yang memerlukan, seperti kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini. Sokongan yang kita berikan bukan sekadar menyentuh jiwa mereka dengan membawa keceriaan, tetapi juga menyokong kebajikan, kesejahteraan dan pendidikan mereka melalui sumbangan yang kita berikan sewaktu mengunjungi rumah kebajikan.” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Inisiatif ini adalah salah satu usaha di bawah Program Komuniti McDonald’s & RMHC yang memayungi seluruh inisiatif kemasyarakatan syarikat kepada segenap lapisan masyarakat. Setiap tahun, McDonald’s Malaysia akan menjalankan 19,000 aktiviti kemasyarakatan menerusi restoran-restorannya.

Dalam pada itu, sambutan hari jadi di Rumah Titian Kaseh, Kuala Lumpur, membuka tirai program Bulan Komuniti akan diteruskan ke lokasi-lokasi yang lain sepanjang Oktober nanti. Seramai 80 kanak-kanak yang terlibat dari Rumah Titian Kaseh, Rumah Raudhatul Al-Faeez Pusat Jagaan Kasih Murni diceriakan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan dekorasi yang meriah.

“Saya memuji usaha McDonald’s Malaysia kepada kanak-kanak yang memerlukan ini kerana mereka sangat memerlukan sokongan emosi daripada masyarakat. Jadi, saya amat berbesar hati dengan kedatangan McDonald’s Malaysia pada hari ini untuk meraikan anak-anak yatim, menceriakan mereka dengan dekorasi yang cantik dan suasana yang meriah ini. Saya yakin, ini adalah pengalaman yang tidak akan mereka lupakan” kata Muhammad Akmal Yosuf, Pengurus Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur rumah kebajikan kami adalah antara yang diraikan oleh McDonald’s Malaysia pada tahun ini. Sejujurnya, mereka adalah syarikat pertama yang menyambut hari jadi anak-anak kami dan penganjurannya sungguh meriah sekali. Saya tengok anak-anak saya terlalu gembira bermain permainan, dapat hadiah pula yang lumayan, makan kek yang besar dan dapat gambar untuk mereka bawa balik sebagai kenang-kenangan. Saya harap keterujaan ini akan memberi mereka satu semangat yang baharu” Elza Izyan Erieza Zahalan, Pengurus Rumah Raudhatul Al-Faeez, Gombak.

“Ini pertama kali saya hadir ke program bersama rumah anak-anak yatim yang lain. Apabila tahun ini kami di undang untuk sambut bersama di rumah kebajikan lain, anak-anak saya sangat teruja sebab dapat berjumpa kawan dan merasai suasana baru. Ini adalah satu pengalaman yang bermakna dan saya harap rumah kebajikan lain turut akan merasa sambutan hari jadi dengan McDonald’s Malaysia kerana ia sangat memberi impak kepada anak-anak yang memerlukan” Nadia Afifah Zahari, Wakil Pusat Jagaan Kasih Murni, Taman Keramat.

Selain itu, McDonald’s Malaysia turut menyerahkan sumbangan barang keperluan dan wang tunai kepada rumah-rumah kebajikan yang terlibat bagi membantu meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan kanak-kanak jagaan mereka.

“Sebagai syarikat milik tempatan, kami berdedikasi untuk memberi impak positif dengan menyentuh aspek kebajikan dan kesejahteraan komuniti. Hasrat kami adalah untuk menjadi jiran yang prihatin kepada rakyat Malaysia di sekeliling lokasi operasi restoran kami memandangkan restoran kami amat dekat dengan kawasan kejiranan masyarakat” tambah Dato’ Haji Azmir.

###

Sambutan hari jadi yang merupakan acara utama Bulan Komuniti, pada 24 September yang lalu disertai oleh hampir 90 kanak-kanak dari Rumah Titian Kaseh, Rumah Raudhatul Al-Faeez dan Pusat Kebajikan Kasih Murni.


Program Bulan Komuniti merupakan sebahagian daripada Program Komuniti McDonald’s dan RMHC yang bertujuan untuk menceriakan dan memberikan impak positif kepada komuniti daripada pelbagai lapisan masyarakat.