EN | BM

KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2025 – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, McDonald’s Malaysia menceriakan suasana perayaan dan menyampaikan penghargaan ikhlas kepada para pelanggan melalui penganjuran Rumah Terbuka Raya Mekdi buat julung kalinya – satu sambutan yang meraikan kemesraan dan kesyukuran bersama rakyat Malaysia.

Rumah Terbuka Raya Mekdi dimulakan dengan sambutan meriah di McDonald’s Pantai Sentral Park, Kuala Lumpur (11 April), diikuti di:

- McDonald’s Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur (12 April)

- McDonald’s Indera Mahkota, Pahang (18 April)

- McDonald’s Bandar Baru Uda, Johor (19 April)

- McDonald’s Tabuan Jaya, Sarawak (26 April)

Setiap lokasi rumah terbuka disulami suasana meriah, di mana para pengunjung dapat menikmati kemeriahan Hari Raya Aidilfitri melalui persembahan tradisional, permainan rakyat yang mengimbau nostalgia, serta persembahan dan penampilan istimewa dari artis-artis popular. 

Menambahkan lagi keceriaan, para tetamu turut dihidangkan dengan 1,500 set McDonald’s Foldover Ayam secara percuma di setiap lokasi – sebagai tanda penghargaan daripada McDonald’s Malaysia kepada komuniti setempat. Selain itu, para tetamu juga berpeluang membawa pulang hadiah percuma seperti baucar apabila mereka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Menurut Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Hari Raya Aidilfitri adalah waktu untuk merapatkan hubungan dan silaturrahim. “McDonald’s Malaysia amat berterima kasih atas sokongan yang berterusan daripada rakyat Malaysia selama ini. Menerusi Rumah Terbuka Raya Mekdi, kami ingin meraikan Hari Raya bersama komuniti di mana kami beroperasi dengan penuh kemeriahan. Ini adalah cara kami memberi penghargaan kepada pelanggan kami dan mencerminkan nilai kebersamaan serta saling menghargai yang menjadi teras musim perayaan ini,” kata beliau.

Di McDonald's Malaysia, program-program komuniti merupakan salah satu nilai teras dalam operasi syarikat, dimana memberi kembali kepada masyarakat setempat adalah satu usaha yang berterusan. Setiap tahun, lebih daripada 10,000 inisiatif kemasyarakatan dilaksanakan. Baru-baru ini, sepanjang bulan Ramadan, McDonald’s Malaysia menganjurkan program Kongsi Rezeki Ramadan yang menyediakan juadah untuk berbuka puasa dan moreh, serta pengagihan Kotak Rezeki kepada golongan yang memerlukan. Pelbagai komuniti di masjid, surau, universiti, dan kawasan lain turut mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

Sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap inisiatif kemasyarakatan, McDonald’s Malaysia turut bekerjasama dengan badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), untuk menjemput anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Darul Sakinah untuk turut serta memeriahkan majlis rumah terbuka ini, di mana mereka diraikan dengan juadah istimewa dan pelbagai permainan yang menyeronokkan. 

Selain daripada Rumah Terbuka Raya Mekdi, McDonald’s Malaysia turut melaksanakan pelbagai inisiatif lain sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Ini termasuklah pemberian kopi percuma di Pandu-Lalu, serta hidangan percuma pada hari pertama dan kedua Raya di semua cawangan McDonald’s di seluruh negara. Pelanggan juga dapat menikmati tawaran istimewa melalui aplikasi McD dengan pelbagai promosi Raya, dan suasana perayaan turut dirasai di 26 restoran McDonald’s terpilih yang dihias dengan dekorasi Raya.

###