Mr Yusof bin Mahamad
From SK Temenggong Abdul Rahman 1 Johor Bahru

Nominated by Mohamad Rifqi Sirajuddin bin Mohamed Fahmi
Cikgu saya telah menjadi inspirasi saya sejak saya kecil. Saya mula mengenali dia sejak umur saya 4 tahun. Saya mula belajar bersama beliau bermula daripada umur saya 7 tahun. Beliau mengajar Bahasa Arab. Saya sangat kagum dengan kefasihan beliau dalam bahasa Arab. Beliau juga menghafal ayat Quran dan juga hadith yang membuatkan beliau menjadi inspirasi saya dan mengajar saya hingga ke darjah enam. Beliau juga mudah dirapati dan juga peramah. Oleh itu, guru ini menjadi inspirasi saya sepanjang hayat. Selain itu juga pernah beliau menyelamatkan saya di kolam renang di Blok Pahlawan Bukit Saujana bila saya hampir lemas dan tenggelam. Saya yakin ramai rakan saya mempunyai pengalaman yg indah bersama beliau. Selayaknya beliau menang untuk menjadi inspirasi kami semua yang pernah menjadi anak didik beliau. Kini saya berada di MRSM Johor Bahru dan tidak jumpa guru sepertinya lagi.