WA-HOO! Saat yang dinanti-nantikan #FATTZURA telah pun tiba! Pemenang #FATTZURA Hantar McD telah pun diketahui dan #FATTZURA tak sabar-sabar nak bertemu anda. Jangan lupa berselfie dengan #FATTZURA dan kongsi gambar anda dengan kami!
WA-HOO! Saat yang dinanti-nantikan #FATTZURA telah pun tiba! Pemenang #FATTZURA Hantar McD telah pun diketahui dan #FATTZURA tak sabar-sabar nak bertemu anda. Jangan lupa berselfie dengan #FATTZURA dan kongsi gambar anda dengan kami!
● 3 x penghantaran McDelivery™ kepada pemenang oleh Fattah Amin
● 3 x penghantaran McDelivery™ kepada pemenang oleh Fazura
● RM300 baucar tunai McDonald’s®
● Kemeja-T McDelivery™ yang diautograf oleh Fattah Amin dan Fazura
Dengan menyertai peraduan "#FATTZURA HANTAR McD" peserta dianggap telah menerima keseluruhan terma dan syarat yang dinyatakan. Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Golden Arches Restaurants Sdn Bhd) (“GARSB”), yang merupakan penganjur peraduan #FATTZURA HANTAR McD bagi McDonald’s Malaysia, berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa sekiranya diperlukan tanpa sebarang notis.
Maklumat mengenai syarat-syarat penyertaan dan bagaimana untuk mengambil bahagian dalam peraduan #FATTZURA HANTAR McD, termasuk semua garis panduan, maklumat, borang dan lembaran fakta, membentuk sebahagian daripada Terma dan Syarat ini.
Peraduan ini bermula dari 1 Ogos 2018, 00:00:00 sehingga 31 Ogos 2018 jam 23:59:59 (UTC + 08: 00) zon masa Kuala Lumpur, Malaysia. GARSB berhak untuk melanjutkan tarikh akhir ini sekiranya perlu dan akan diumumkan melalui Facebook rasmi McDonald’s Malaysia di www.facebook.com/My.McDonalds.
Untuk menyertai peraduan #FATTZURA HANTAR McD, peserta mestilah mematuhi perkara-perkara berikut:
Pesan McDelivery seberapa banyak kali mungkin dalam jangkamasa peraduan ini.
Lebih banyak anda pesan, lebih tinggi peluang anda untuk menemui #FATTZURA.
Hantar penyertaan anda dengan aplikasi McDonald’s.
Peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini. Setiap seorang peserta hanya layak menjadi pemenang sebanyak SATU KALI untuk peraduan ini.
Penyertaan yang tidak lengkap dan lewat penerimaan dari tarikh akhir peraduan akan ditolak.
3 pemenang dari Selangor atau Kuala Lumpur akan menerima penghantaran khas McDelivery oleh Fattah Amin.
3 pemenang dari Selangor atau Kuala Lumpur akan menerima penghantaran khas McDelivery oleh Fazura.
Baucer tunai McDonald’s bernilai RM300 dan Kemeja-T McDelivery yang ditandatangani oleh Fattah Amin dan Fazura.
Pemenang akan diumumkan di halaman Facebook McDonald’s Malaysia (www.facebook.com/My.McDonalds ) dan laman rasmi McDonald’s Malaysia: https://www.mcdonalds.com.my/fattzurahantarmcd.
Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar untuk wang tunai atau apa-apa manfaat lain dalam apa jua bentuk. GARSB berhak untuk meminda atau menggantikan hadiah dengan yang lain di mana ia mempunyai nilai yang setara pada bila-bila masa.
GARSB tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa proses penghantaran hadiah.
Peserta dianggap telah bersetuju membenarkan GARSB untuk menggunakan maklumat peribadi (termasuk butir-butir peserta, gambar-gambar dan / atau video) untuk tujuan publisiti, pemasaran dan pengiklanan.
GARSB berhak untuk menggunakan maklumat peribadi yang diterima dari penyertaan untuk tujuan penganjuran peraduan #FATTZURA HANTAR McD termasuk untuk publisiti, perniagaan, promosi tanpa perlu memberitahu peserta. GARSB akan memastikan data peribadi peserta dan individu terlibat dilindungi dan digunakan hanya untuk tujuan peraduan #FATTZURA HANTAR McD Peserta dengan ini mengesahkan bahawa mereka telah membaca dan menerima kandungan GARSB’s Privacy and PDP Policy, yang boleh dilayari di https://www.mcdonalds.com.my/support-privacy/bm.
Perserta dan penama dianggap telah bersetuju memberikan hak kepada GARSB untuk penggunaan maklumat peribadi (termasuk butiran peserta dan penama, gambar-gambar dan / atau video) untuk tujuan publisiti, pemasaran dan pengiklanan.
Dengan mengemukakan bahan (butiran peribadi, gambar-gambar dan / atau video) ke dalam portal, perserta dan penama memberi waranti bahawa bahan-bahan tersebut dimiliki oleh mereka atau telah memperolehi hak untuk menggunakan bahan-bahan tersebut dan bersetuju untuk menanggung rugi GARSB terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pelanggaran waranti ini.
Dengan menyertai peraduan #FATTZURA HANTAR McD, setiap peserta dan penama bersetuju untuk melepaskan GARSB, pekerja, pegawai, pengarah, pemegang saham, ejen, wakil, syarikat induk gabungan, anak syarikat, pemegang lesen, pengiklanan, promosi, dan agensi, dan penasihat undang-undang, dari sebarang dan semua kerugian, ganti rugi, hak, tuntutan dan apa-apa tindakan yang berkaitan dengan peraduan #FATTZURA HANTAR McD atau disebabkan daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalah-gunaan hadiah peraduan #FATTZURA HANTAR McD, atau perjalanan ke atau dari sebarang aktiviti yang berkaitan, termasuk tanpa had, kecederaan peribadi, kematian, dan kerosakan harta benda, dan tuntutan berdasarkan hak publisiti, fitnah, atau pencerobohan privasi.
GARSB mempunyai hak mutlak untuk membatalkan, menggantung, menunda atau mengubah-suai hadiah peraduan #FATTZURA HANTAR McD sekiranya terdapat mana-mana program tidak dapat dijalankan seperti yang telah dirancang.
Peserta mestilah bersetuju untuk untuk mengambil bahagian dalam sebarang liputan media yang berkaitan dengan peraduan #FATTZURA HANTAR McD.
Sekiranya tidak berminat untuk mengambil bahagian, peserta hendaklah menghubungi GARSB dan wakil agensi yang telah dilantik dengan segera.
GARSB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah atau kesilapan teknikal rangkaian atau talian, peralatan peranti elektronik, perisian, kesesakan data internet, dan lain-lain. Ini termasuk sebarang kerosakan kepada peranti elektronik peserta atau orang lain yang berkaitan dengan penyertaan dalam memuat turun mana-mana bahan untuk peraduan #FATTZURA HANTAR McD.
Hadiah peraduan #FATTZURA HANTAR McD boleh ditarik balik pada bila-bila masa tanpa notis.
Terma dan Syarat ini boleh diubah sekiranya perlu dan sebarang perubahan akan dimaklumkan di halaman Facebook McDonald’s Malaysia (www.facebook.com/My.McDonalds ) dan laman rasmi McDonald’s Malaysia: https://www.mcdonalds.com.my/fattzurahantarmcd
GARSB berhak, pada bila-bila masa, untuk mengesahkan kesahihan penyertaan, menolak penyertaan atau membatalkan penyertaan yang tidak memenuhi Terma dan Syarat peraduan.
Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat berhubung dengan keputusan itu tidak akan dilayan.
Ya, anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda mahukan. Satu resit McDelivery™ layak untuk satu penyertaan sahaja.
Kami tidak akan menerima pembelian yang dibuat sebelum 1 Ogos 2018. Hanya nombor resit McDelivery™ bertarikh 1 Ogos (00:00) hingga 31 Ogos (23:59) 2018 sahaja akan diterima.
Penyertaan anda tidak lagi sah kerana tarikh pesanan dan penghantaran mestilah dari 1 – 31 Ogos.
Kesemua penyertaan mestilah dihantar secara digital melalui aplikasi McDonald’s kami.
Senarai pemenang akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup penyertaan pada laman web dan facebook McDonald’s.
Anda tidak boleh menukar penyertaan yang telah dihantar tetapi anda boleh menghantar semula dengan nombor pesanan yang sama dan membetulkan jumlah pesanan untuk mengesahkan penyertaan.
Peraduan ini hanya terbuka untuk pembelian melalui McDelivery™ sahaja. Peraduan ini tidak sah dengan pembelian di restoran, bawa balik atau Drive-Thru™.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di 1300-13-1300.