Kenyataan Terkini Tentang Isu Produk ‘Quarter Pounder™ with Cheese’
27 May 2016
Kenyataan Terkini Tentang Isu Produk ‘Quarter Pounder™ with Cheese’'s image'

Pada bulan Mei 2016, kami telah mengeluarkan kenyataan bagi menepis dakwaan yang disebarkan di media sosial tentang punca penghentian jualan salah satu produk utama kami, iaitu ‘Quarter Pounder™ with Cheese’.

http://www.mcdonalds.com.my/important -notices/article/kenyataan-tentang-produk-quarter-pounder-with-cheese

Kami mendapati yang dakwaan ini kini kembali disebarkan, dan kami ingin menegaskan bahawa tiada kebenaran sama sekali terhadap dakwaan yang dibuat yang telah mempersoalkan status Halal kami. Pihak JAKIM juga telah mengeluarkan kenyataan bagi meyakinkan para pengguna tentang status Halal McDonald's® Malaysia.

http://www.bernama.com/bernama/v8/newsindex.php?id=125 5568
http://www.nst.com.my/news/2016/06/151934/mcdonalds-h alal-stop-spreading-false-news-says-jakim

Lanjutan daripada isu ini, kami juga ingin memaklumkan bahawa kami telah menghubungi individu yang memulakan dakwaan ini, dan beliau telah mengakui kesilapan beliau dan memohon maaf atas tindakan beliau dalam menyebarkan dakwaan ini.Pihak McDonald's® telah meminta agar beliau mengambil iktibar daripada kesilapan ini dan mengamalkan sikap lebih berhati-hati dalam memeriksa sebarang maklumat sebelum menyebarkannya.

Di sini, dipaparkan surat permohonan maaf yang ditandatangani oleh individu ini. Bagi melindungi identiti beliau, butiran peribadi individu ini tidak didedahkan.



Kami berharap agar maklumat yang dikemukakan ini akan menghentikan spekulasi tentang status Halal produk-produk kami. Yakinlah bahawa McDonald's® Malaysia sentiasa komited dalam mematuhi kesemua piawaian dan keperluan Halal, agar para pelanggan kami dapat menikmati hidangan kami tanpa was-was.


-Pihak Pengurusan McDonald's® Malaysia-





 

Updated Statement On The ‘Quarter Pounder™ with Cheese’ Allegation


In May 2016, we had issued a statement to refute an allegation on social media regarding the reason for the discontinuation of one of our core products, the Quarter Pounder™ with Cheese.
http://www.mcdonalds.com.my/important-notices/article/keny ataan-tentang-produk-quarter- pounder-with-cheese

It appears that this false allegation is now making its rounds again, and we wish to reiterate that there is absolute no truth to the claims made, which placed our Halal certification into question. JAKIM has also issued a statement to reassure consumers of McDonald's® Malaysia’s Halal status.
http://www.bernama.com/bernama/v8/newsindex.php?id=125 5568
http://www.nst.com.my/news/2016/06/151934/mcdonalds-h alal-stop-spreading-false-news-says-jakim

Further to this, we wish to reveal that we have been in touch with the source of the allegation, and the said individual has acknowledged her grave error and apologised unreservedly over her misconduct in initiating the allegation. On our part, we have asked her to take this incident as a lesson, and to be more careful in verifying all facts before sharing any information with others.

Here is the apology letter signed by this individual. For privacy reasons, her personal details have been covered.



We hope that this disclosure puts an end to speculations regarding the Halal status of our products. Rest assured that McDonald's® Malaysia is fully committed towards upholding all Halal standards and requirements, so that our customers may enjoy all our products without reservations.


-The Management of McDonald's® Malaysia-

Previous Article
Media Statement by McDonald's® Malaysia on Incident at McDonald's® DT Outlet in Johor Baru
We have lately received a number of enquiries with respect to a reported incident at a McDonald's® D...
Next Article
Kenyataan Mengenai Insiden “Ice Blended”
Berikutan catatan di laman sosial mengenai isu “ice blended”, pihak McDonald's® sedang berusaha untu...