Para Pelanggan yang dihargai,
McDonald's® Malaysia ingin menegaskan bahawa kesemua produk yang dihidangkan di restoran-restoran kami TIDAK mengandungi bahan tidak Halal LM 10. Dakwaan yang mengatakan kami menggunakan bahan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan McDonald's® Malaysia TIDAK PERNAH menggunakan bahan tersebut dalam produk-produk yang ditawarkan di restoran-restoran kami.
Kami ingin memberi jaminan kepada para pelanggan kami bahawa kesemua produk McDonald's®, termasuklah sos-sos yang diimport oleh McDONALDs® Malaysia disahkan 100% HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa Halal yang mendapat pengiktirafan daripada JAKIM.
Para pelanggan boleh menikmati hidangan kami dengan penuh rasa yakin kerana ia disediakan dan dibekalkan oleh para pembekal yang memenuhi ketetapan pihak berkuasa dan kementerian yang berkaitan. Untuk pengesahan lanjut tentang status Halal McDonald's® Malaysia, anda boleh merujuk kepada laman web rasmi JAKIM atau hubungi bahagian Hab Halal JAKIM di 03-8892 5000.
Pihak Pengurusan McDonald's® Malaysia