Ganjaran MyMcDonald’s adalah Mata Ganjaran yang terkumpul di dalam Aplikasi McD.
Mata Ganjaran akan anda perolehi dari setiap pesanan yang dibuat di McDonald’s Malaysia sahaja (tidak termasuk cukai)
Mata Ganjaran ini akan terus masuk ke akaun anda dalam tempoh 24 jam selepas pesanan dibuat di McDonald’s Malaysia.
Mata Ganjaran akan anda terima dari setiap pesanan yang dibuat di McDonald’s Malaysia samada dengan mengambil pesanan di Kaunter Restoran, Pandu Lalu, dihantar ke kereta anda atau dihantar ke meja anda.
Jika anda tidak melakukan imbasan Kod Loyalty QR, makan tidak akan ada Mata Ganjaran masuk ke akaun anda.
Hanya satu Ganjaran yang boleh ditebus untuk setiap penebusan.
Penebusan apa-apa Mata Ganjaran tidak boleh dibuat bersama Tawaran (Deals) dalam satu resit.
Untuk pesanan melalui McDelivery, Kod Ganjaran tidak boleh diimbas dan tidak boleh digunakan.
Mata Ganjaran terkumpul anda akan habis atau menjadi 0 selepas anda tebus Mata Ganjaran tersebut dengan apa-apa Ganjaran yang ditawarkan.
Penebusan Mata Ganjaran tidak boleh dibatalkan selepas dibuat.
Jika anda tidak berjaya membuat penebusan Mata Ganjaran, maka Ganjaran anda akan dibawa ke penebusan seterusnya selagi belum tamat tempoh.
Baki mata ganjaran maximum untuk setiap akaun adalah terhad kepada 25,000 mata ganjaran dan terhad kepada 10 pembelian (memperoleh mata ganjaran) setiap hari. Sekiranya anda telah mencecah mata ganjaran maximum atau had harian, anda tidak akan layak untuk memperoleh mata ganjaran untuk pembelian yang seterusnya.McDonald’s berhak untuk menukar nilai ini Siling Ganjaran dengan atau tanpa sebarang notis terdahulu.
Mata Ganjaran anda akan tamat tempoh dalam masa 365 hari.
Sebarang pembelian Baucar Tunai McDonald's tidak sah untuk menerima mata untuk program Ganjaran MyMcDonald’s.
Sila rujuk kepada Terma & Syarat untuk maklumat lanjut.