Mengapa terdapat dua cara berasingan untuk memesan McDelivery melalui App McDonald’s?
Buat masa ini, kami sedang menambah baik cara membuat pesanan McDelivery melalui App McDonald’s bagi pengalaman yang lebih lancar serta lebih mudah untuk anda menebus ganjaran. Pelanggan boleh terus membuat pesanan di bahagian “Pesan” di app – namun untuk masa ini lokasi tersedia untuk pengalaman baharu ini adalah terhad di lokasi tertentu sahaja. Namun begitu, bahagian "McDelivery" akan tetap ada walaupun restoran berhampiran anda belum boleh diakses untuk pengalaman baharu ini.
Bahagian "Pesan" tidak memaparkan pilihan McDelivery. Adakah terdapat pilihan ini di masa akan datang?
Ya! Kami sedang menawarkan pengalaman baru ini secara berperingkat untuk semua restoran McDonald's di seluruh negara, oleh itu, anda akan dapat memesan McDelivery di bahagian "Pesan" dan kami akan menawarkan lebih banyak lokasi tidak lama lagi. Nantikan!
Bagaimana saya boleh memilih Penghantaran melalui bahagian "Pesan"?
Pilih "Pesan" pada aplikasi dan pilih cara pesanan melalui "Penghantaran" Masuk dan simpan alamat anda untuk memudahkan anda membuat pesanan menggunakan McDelivery untuk masa akan datang.
Cara untuk ketahui adakah alamat saya tersedia untuk memesan McDelivery melalui bahagian "Pesan"?
Kami sedang berusaha untuk menawarkan pengalaman baharu ini ke lebih banyak restoran McDonald's pada masa akan datang. Sila rujuk lokasi ditawarkan melalui notifikasi di aplikasi sekiranya alamat anda sudah tersedia untuk pilihan ini.
Mengapakah terdapat perbezaan harga antara Pesan & Ambil dan Penghantaran?
Sila ambil perhatian bahawa harga untuk McDelivery mungkin berbeza dengan Makan di Restoran, Pesan & Ambil dan Pandu Lalu. Caj penghantaran dan pemprosesan akan dicaj untuk pesanan penghantaran.
Ya! Anda boleh memilih hari dan masa penghantaran seawal 3 hari.
Bolehkah saya menggunakan tawaran App McD dan Ganjaran MyMcD semasa membuat pesanan untuk penghantaran?
Ya! Anda boleh menebus tawaran App McD dan Ganjaran MyMcD sekiranya ia ditawarkan untuk pesanan penghantaran. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak dapat menebus tawaran dan ganjaran untuk pesanan berjadual.
Adakah saya akan menerima mata Ganjaran MyMcD untuk pesanan McDelivery?
Ya! Anda akan mendapat mata Ganjaran MyMcD untuk semua pesanan penghantaran.
Bolehkah saya menukar pesanan yang telah disahkan?
Malangnya, anda tidak boleh meminda pesanan setelah ia disahkan.
McDelivery ada pesanan minima?
Pesanan minima adalah sekurang-kurangnya RM14 (sebelum cukai) atau lebih, bagi melayakkan anda untuk memesan McDelivery.
Kaedah pembayaran yang diterima oleh McDelivery?
Anda boleh memilih untuk membayar melalui kad debit, kad kredit, pemindahan dalam talian, e-Dompet atau wang tunai semasa penghantaran.
Permintaan dan Arahan Khas
Anda boleh menggunakan bahagian "Nota" pada halaman daftar keluar untuk permintaan khas pada restoran (cth: "sila tambah sos tomato") atau untuk memberikan arahan penghantaran kepada penghantar. (cth: “anda perlu menekan 117 untuk melalui pintu pagar”)
Bolehkah saya membatalkan pesanan?
Anda hanya boleh membatalkannya sebelum penghantar ditetapkan atau jika proses penyediaan makanan belum bermula.
Bagaimana hendak membatalkan pesanan saya?
Setelah anda menetapkan pesanan, pilih untuk membatalkannya dengan mengklik pautan pembatalan di bahagian bawah skrin pengesahan. Sila hubungi pusat perkhidmatan pelanggan McDelivery kami di 1300-13-1300 jika penghantar telah ditugaskan atau penyediaan makanan telah bermula.
Bolehkah saya menghubungi penghantar McDelivery yang ditugaskan?
Bila penghantar telah ditetapkan, anda boleh menjejaki pesanan anda, namun anda tidak boleh menghubungi penghantar tersebut – jika terdapat masalah atau jika penghantar tidak dapat mengesan anda, mereka akan menghubungi anda berdasarkan nombor yang diberikan.
Bolehkah saya menukar alamat penghantaran?
Anda boleh menukar alamat penghantaran anda pada bila-bila masa sebelum membuat pembayaran. Setelah pesanan ditetapkan, anda tidak boleh meminda alamat penghantaran. Namun sekiranya terpaksa, anda boleh memilih untuk membatalkan pesanan dan membuat pesanan baharu.
Bagaimana cara menyemak status pesanan?
Klik pada pesanan anda untuk menjejaki status pesanan. Anda boleh melihat status terkini sebaik sahaja penghantar ditetapkan.
Berapa lama masa yang diambil untuk pesanan saya dihantar?
Sebaik sahaja anda membuat pesanan pada aplikasi, ia akan memaparkan anggaran masa penghantaran. Sila ambil perhatian bahawa masa ini mungkin berbeza bergantung pada keadaan.
Pesanan saya mengambil masa lebih lama daripada jangkaan, apa yang boleh saya lakukan?
Jika pesanan mengambil masa lebih lama daripada anggaran masa penghantaran, sila hubungi pusat perkhidmatan pelanggan McDelivery di 1300-13-1300 anda boleh merujuk nombor pesanan anda yang terdapat di aplikasi dan e-mel pengesahan pesanan.
Bagaimana untuk mendapatkan butiran pesanan McDelivery? (Nombor pesanan, hidangan yang ditempah dan sebagainya.)
Anda boleh merujuk ringkasan pesanan dalam aplikasi atau pengesahan pesanan yang dihantar ke e-mel anda untuk butiran lanjut.
Bolehkah saya memilih restoran yang akan menyediakan pesanan McDelivery saya?
Tidak, aplikasi akan memilih restoran terbaik untuk menghantar pesanan, bergantung pada masa dan jarak penghantaran.
Cara untuk menghubungi McDonald's sekiranya terdapat masalah dengan pesanan McDelivery saya? (contoh: Barang hilang, pesanan tidak dihantar, item salah dan sebagainya.)
Sekiranya mana-mana isu yang dinyatakan tidak jelas atau jika mempunyai sebarang masalah dengan pesanan McDelivery anda, sila hubungi pusat perkhidmatan pelanggan McDelivery di 1300-13-1300.
Bagaimana untuk saya menggunakan ‘Pesan & Ambil’?
Mudah je! Muat turun Aplikasi McDonald's dan daftarkan maklumat anda. Cari restoran berdekatan melalui aplikasi. Lihat menu dan pilih makanan anda. Pilih bagaimana anda ingin menerima hidangan anda: Ambil di Kaunter Restoran, Pandu Lalu, dihantar ke kereta anda atau dihantar ke meja anda.
Harap maklum:
Sekiranya anda ingin mengambil makanan di Kaunter Restoran, pastikan anda berdekatan dengan restoran tersebut sebelum anda klik pada ‘Bayar Sekarang dan Mulakan Pesanan Saya’.
Untuk Makan Di Restoran pula, pastikan anda duduk di salah satu meja dan telah memasukkan nombor meja yang betul. Setelah anda melengkapkan pembayaran, kami akan menyediakan pesanan anda dengan segera dan hidangan anda akan siap dalam masa 5 minit.
Sekiranya anda memilih untuk mengambil makanan anda di Pandu Lalu, kami akan mula menyediakan pesanan anda apabila anda tiba di Pandu Lalu dan memberitahu nombor pesanan anda di kotak pesanan. Sila pastikan anda mengambil pesanan anda di Pandu Lalu dalam masa dua jam selepas pembayaran.
Hidangan anda juga boleh dihantar ke kereta anda dengan perkhidmatan Pandu Masuk kami. Pastikan anda parkir di tempat letak kereta khas di restoran yang mempunyai perkhidmatan Pandu Masuk. Masukkan nombor parkir tersebut dan lengkapkan pembayaran. Kami akan menyediakan pesanan anda dengan segera dan kru kami akan menghantar ke kereta anda.
Bilakah saya dikehendaki mengambil pesanan saya?
Untuk pesanan Makan Di Restoran, Bawa Pulang dan Pandu Masuk, kami akan mula menyediakan pesanan anda sejurus selepas anda membuat pembayaran. Makanan anda akan siap dalam tempoh 5 minit selepas itu, jadi sila pastikan anda ada berdekatan.
Untuk pesanan Pandu Lalu, anda hendaklah mengambil makanan anda di laluan Pandu Lalu dalam tempoh 2 jam selepas anda membuat pembayaran. Walaubagaimanapun, khusus untuk pesanan hidangan sarapan pagi, anda hendaklah mengambil makanan anda dalam tempoh 2 jam tersebut atau sebelum waktu pertukaran menu sarapan pagi ke menu biasa, yang mana lebih awal. Pada kebiasaannya, waktu pertukaran menu akan berlaku pada pukul 10.00 pagi setiap hari. Oleh itu, sekiranya anda sampai ke restoran selepas pukul 10.00 pagi untuk mengambil hidangan sarapan pagi anda, anda tidak boleh berbuat demikian. Ini adalah kerana pesanan telah dibatalkan secara automatik dan anda juga tidak boleh mendapatkan sebarang pembayaran balik wang.
Bagaimana untuk saya cipta akaun baharu di Aplikasi McDonald's?
Untuk cipta akaun, sila klik ‘Akaun Saya’ dan masukkan alamat e-mel dan maklumat hubungan yang sah.
Saya terlupa kata laluan akaun Aplikasi McDonald's saya, bagaimana untuk menetapkannya semula?
Hanya klik pada pautan ‘Lupa Kata Laluan?’ Di halaman Log Masuk dan ikuti arahannya. E-mel yang mengandungi arahan selanjutnya akan dihantar ke e-mel berdaftar anda. Sila periksa folder 'Spam' atau 'Junk' anda jika anda tidak menerima e-mel tersebut.
Mengapa Aplikasi menunjukkan pop up ‘Nampaknya anda agak jauh sedikit’?
Anda disarankan untuk membuat pesanan apabila berdekatan dengan restoran yang dipilih, hidangan anda akan disediakan dengan segera setelah anda membuat pembayaran.
Bagaimana jika saya membayar pesanan saya tetapi tidak dapat mengambilnya dengan segera?
Pesanan anda akan disediakan setelah anda membuat pembayaran, jadi anda disarankan supaya mengambil pesanan anda secepat mungkin.
Bagaimana perkhidmatan Makan Di Restoran berfungsi?
Anda perlu duduk di meja sebelum membuat pesanan. Masukkan nombor meja dan sahkan pesanan anda. Hidangan anda akan disediakan dan dihantar terus ke meja anda oleh kru kami.
Bagaimana untuk saya tahu bila pesanan saya sudah siap?
Untuk bawa pulang, selepas bayaran anda lengkap, sila lihat nombor pesanan anda pada skrin di atas kaunter pengambilan di restoran.
Sekiranya anda memilih untuk menerima pesanan anda di meja melalui Makan di Restoran, kru kami akan membawa makanan ke nombor meja yang anda masukkan melalui aplikasi.
Sekiranya anda memilih untuk mengambil pesanan anda di Pandu Lalu, bacakan nombor pesanan anda kepada kru di kotak pesanan dan kami akan mula menyediakan pesanan anda dengan segera. Teruskan ke kaunter bayaran untuk mendapatkan resit sebelum mengambil makanan anda.
Sekiranya anda memilih perkhidmatan Pandu Masuk, kru kami akan menyediakan makanan anda dan menghantar ke kereta anda mengikut nombor parkir yang telah anda masukkan.
Bolehkah saya menggunakan tawaran atau mengumpul setem McCafé Rewards dengan ‘Pesan & Ambil’?
Semestinya! Untuk menebus sebarang tawaran, klik pada 'Tawaran', pilih tawaran yang ingin ditebus dan pilih 'Tebus melalui Pesan & Ambil'. Anda hanya boleh menebus 1 tawaran untuk setiap pesanan.
Anda juga boleh menerima setem McCafé Rewards secara automatik dalam masa 24 jam dengan setiap pesanan melalui ‘Pesan & Ambil’, melalui pembelian minuman McCafé yang terpilih.
Bilakah saya akan dikenakan bayaran? Adakah saya akan menerima resit selepas bayar?
Pembayaran akan ditolak daripada kad debit/kredit anda sebaik sahaja anda klik ‘Bayar Sekarang dan Mulakan Pesanan Saya’. Anda akan menerima pemberitahuan pembayaran melalui e-mel anda yang didaftarkan dalam Aplikasi McDonald's. Sekiranya anda belum menerima e-mel, sila periksa folder ‘spam’ anda. Resit rasmi akan diberikan kepada anda semasa anda mengambil pesanan di restoran.
Bolehkah saya mengubah pesanan saya?
Setelah anda membuat pembayaran, anda tidak boleh mengubahnya. Sekiranya anda ingin menambah pesanan, anda boleh mulakan pesanan baharu.
Bolehkah saya menukar pilihan pengambilan setelah pesanan dibuat?
Pilihan pengambilan yang dipilih tidak boleh diubah setelah pesanan dibuat.
Apakah pilihan pembayaran yang disediakan?
Perkhidmatan ‘Pesan & Ambil’ hanya sah digunakan dengan kad debit/kredit anda.
Bolehkah saya menyimpan kad saya untuk kegunaan masa depan?
Ya, kad anda akan disimpan secara automatik untuk penggunaan masa depan apabila anda membuat pesanan pertama. Sekiranya anda ingin menambah atau mengeluarkan kad, anda boleh pergi ke ‘Akaun Saya’ dan klik pada ‘Urus Kad Kredit’.
Bagaimana jika saya menghadapi masalah dengan pembayaran atau terdapat kesilapan semasa membuat pesanan?
Untuk sebarang pertanyaan, masalah teknikal, cadangan dan maklum balas, anda boleh menghubungi kami di https://www.mcdonalds.com.my/contact.
Apa itu Ganjaran MyMcDonald’s?
Ganjaran MyMcDonald’s merupakan program mata ganjaran di dalam Aplikasi McD. Anda akan menerima mata ganjaran dengan setiap pesanan dan mata terkumpul boleh digunakan untuk menebus ganjaran di dalam Aplikasi McD.
Bagaimana untuk saya sertai?
Pengguna yang telah mempunyai akaun sedia ada di Aplikasi McD, akan menyertai program ini secara automatik
Pengguna baharu perlu memuat turun Aplikasi McD dan mendaftar butiran mereka.
Bagaimana pula mata ganjaran saya diperolehi?
Setiap pesanan anda di Aplikasi McD akan menerima Mata Ganjaran
Anda hanya perlu imbas Kod Loyalty QR sebelum pesanan dibuat
10 Mata Ganjaran akan anda terima dari setiap RM1 transaksi pesanan (tidak termasuk cukai)
Mata Ganjaran anda akan akan dibundarkan kepada 0.05 sen terdekat, sebagai contoh RM15.64 = 156 Mata Ganjaran & RM15.65
Mata Ganjaran akan terus masuk ke akaun anda dalam tempoh 24 jam selepas pesanan dibuat
Pesanan melalui Pandu Lalu: Pelanggan boleh imbas Kod Loyalty QR di kotak pesanan dan Mata Ganjaran akan terus masuk ke akaun anda
Pesanan di Kios Layan Diri atau di Kaunter Restoran: Pelanggan perlu mengimbas Kod Loyalty QR atau bacakan sahaja Kod Loyalty QR kepada jurujual sebelum membuat pesanan, seterusnya Mata Ganjaran akan terus masuk ke akaun anda
Pesanan melalui McDelivery dan Pesan & Ambil: Mata Ganjaran akan masuk terus ke dalam akaun anda secara automatik
*Tambahan: Jika anda membuat pesanan dan menebus Kod Loyalty QR di bahagian ‘Offer or Reward’, semua Mata Ganjaran tetap akan anda terima
Saya terlupa untuk imbas Kod Loyalty QR. Adakah saya masih menerima Mata Ganjaran?
Jika Kod Loyalty QR tidak diimbas, maka anda tidak akan memperoleh apa-apa Mata Ganjaran. Kod Loyalty QR mesti diimbas sebelum sebarang pesanan dibuat
Bagaimana untuk saya dapatkan 500 bonus Mata Ganjaran?
Semua pengguna Aplikasi McD sedia ada dan baharu akan menerima 500 Mata Ganjaran bonus setelah mencapai ‘first loyalty order’. (Pesanan yang selesai dibuat dengan imbasan Kod Loyalty QR). Mata Ganjaran akan terus masuk ke akaun anda dalam tempoh 24 jam selepas pesanan dibuat
Bagaimana saya mahu semak jumlah Mata Ganjaran terkumpul?
Anda boleh semak jumlah Mata Ganjaran terkumpul di bahagian ‘transaction history’ di dalam Aplikasi McD
Bagaimana untuk saya tebus Mata Ganjaran terkumpul?
Anda boleh pergi ke bahagian ‘Rewards’ dalam Aplikasi McD. Seterusnya, pilih mana-mana ganjaran yang ditawarkan dan tekan Tebus.
Untuk Kios Layan Diri atau di Kaunter Restoran: Imbas Kod Ganjaran atau bacakan Nombor Kod Ganjaran kepada jurujual
Untuk Pesan & Ambil: Ganjaran boleh ditebus semasa membuat pesanan
Untuk McDelivery: Kod Ganjaran tidak boleh diimbas dan digunakan
Adakah Mata Ganjaran terkumpul saya boleh tamat tempoh?
Mata Ganjaran yang anda kumpul boleh tamat tempoh selepas 12 bulan. Adalah lebih baik untuk anda tebus Ganjaran di dalam tempoh dan menikmatinya
Mengapa saya masih tidak menerima apa-apa Mata Ganjaran?
Untuk menerima Mata Ganjaran, anda perlu sentiasa mengimbas Kod Loyalty QR sebelum pesanan dibuat. Jika Kod Loyalty QR tidak diimbas, maka tidak akan ada Mata Ganjaran masuk ke dalam akaun anda
Mengapa Mata Ganjaran terkumpul saya hilang/tiada?
Mata Ganjaran terkumpul anda akan habis atau menjadi 0 selepas anda tebus Mata Ganjaran tersebut dengan apa-apa Ganjaran yang ditawarkan. Jadi untuk terus memperoleh Mata Ganjaran, buatlah banyak pesanan di McDonald’s!
Kenapa saya tidak layak mendapat mata ganjaran dengan pembelian menerusi Gift Certificate McDonald's?
Pembelian dengan Gift Certificate McDonald's tidak layak untuk mendapat mata ganjaran kerana pengguna menggunakan kelebihan Gift Certificate semasa penebusan.