© & ™ 2019 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved. LEGO, the LEGO logo, the Minifigure, and the Brick and Knob configurations and DUPLO are trademarks of The LEGO Group. © 2019 The LEGO Group. All rights reserved. © and ™ DC Comics.
Dengan menyertai peraduan "Peraduan Foto Mingguan #HMLEGOMovie2" semua penyertaan dan peserta dianggap telah menerima keseluruhan terma dan syarat yang dinyatakan. Pemegang lesen McDonald’s Malaysia atau Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Golden Arches Restaurants Sdn Bhd), yang merupakan penganjur Peraduan Foto Mingguan #HMLEGOMovie2, berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa sekiranya diperlukan tanpa sebarang notis.
Maklumat mengenai syarat-syarat penyertaan dan bagaimana untuk mengambil bahagian dalam Peraduan Foto Mingguan #HMLEGOMovie2, termasuk semua garis panduan, maklumat, borang dan lembaran fakta, membentuk sebahagian daripada Terma dan Syarat ini.
Peraduan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun dan ke atas. Peserta di bawah umur 12 tahun perlu mendapatkan kebenaran dari ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.
Peraduan ini berlangsung selama 35 hari; bermula dari 7 Februari 2019, 00:00:00 sehingga 13 Mac 2019 jam 23:59:59 (UTC + 08: 00) zon masa Kuala Lumpur, Malaysia.
Penyertaan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
Kakitangan restoran McDonald’s Malaysia & keluarga terdekat tidak layak menyertai pertandingan ini.
Untuk menyertai Peraduan Foto Mingguan #HMLEGOMovie2, peserta mestilah mematuhi perkara-perkara berikut:
Langkah 1
Ambil gambar paling kreatif dengan dua (2) mainan Happy Meal LEGO Movie 2.
Langkah 2
Muat naik gambar anda di instagram dengan tanda pagar #HMLEGOMovie2.
Pastikan profil anda ditetapkan kepada “PUBLIC” supaya kami dapat melihatnya.
Langkah 3
Klik “Sertai Sekarang“ dan lengkapkan borang penyertaan anda.
Seorang peserta dibenarkan menghantar beberapa gambar untuk penyertaan, tetapi hanya SATU sahaja akan dipilih untuk memenangi peraduan ini.
Penyertaan yang tidak lengkap akan ditolak.
Pemenang akan dipilih pada setiap minggu:
Hadiah Pertama x 1:
Baucar tunai McDonald’s bernilai RM130
1 Set Lego bernilai RM250
Tempat Kedua x 2:
Baucar tunai McDonald’s bernilai RM100
Set Hadiah Lego Movie 2
Senarai pemenang akan diumumkan melalui Facebook rasmi McDonald’s Malaysia www.facebook.com/My.McDonalds dan laman web rasmi McDonald’s Malaysia: https://www.mcdonalds.com.my/family
McDonald’s Malaysia berhak untuk melanjutkan tarikh akhir ini sekiranya perlu dan akan diumumkan melalui Facebook rasmi.
Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada sebahagian atau bayaran penuh dalam bentuk wang tunai. McDonald’s Malaysia berhak untuk meminda atau menggantikan hadiah dengan yang lain di mana ia mempunyai nilai yang setara pada bila-bila masa.
McDonald’s Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa proses penghantaran hadiah.
Keputusan McDonald’s Malaysia untuk mengesahkan sesebuah penyertaan adalah muktamad dan akan mengambil kira faktor-faktor yang relevan, sesuai, serta tidak terhad, termasuk kriteria seperti di bawah:
Penyertaan adalah asli serta tiada sebarang kandungan duplikasi, tiruan atau penghasilan semula oleh penyertaan-penyertaan yang lain.
Penyertaan adalah tidak mengandungi kandungan yang ofensif, haram dan menyentuh sensitiviti masyarakat.
Peserta dianggap telah bersetuju membenarkan McDonald’s Malaysia untuk menggunakan maklumat peribadi (termasuk butir-butir peserta, gambar-gambar dan / atau video) untuk tujuan publisiti, pemasaran dan pengiklanan.
McDonald’s Malaysia berhak untuk menggunakan maklumat peribadi yang diterima dari penyertaan untuk tujuan penganjuran Peraduan Foto Mingguan #HMLEGOMovie2 termasuk untuk publisiti, perniagaan, promosi tanpa perlu memberitahu peserta. McDonald’s Malaysia akan memastikan data peribadi peserta dan individu terlibat dilindungi dan digunakan hanya untuk tujuan Peraduan Foto Mingguan #HMLEGOMovie2 Peserta dengan ini mengesahkan bahawa mereka telah membaca dan menerima kandungan GARSB’s Privacy and PDP Policy, yang boleh dilayari di https://www.mcdonalds.com.my/privacy-policy.
Perserta dan penama dianggap telah bersetuju memberikan hak kepada McDonald’s Malaysia untuk penggunaan maklumat peribadi (termasuk butiran peserta dan penama, gambar-gambar dan / atau video) untuk tujuan publisiti, pemasaran dan pengiklanan.
Dengan mengemukakan bahan (butiran peribadi, gambar-gambar dan / atau video) ke dalam portal, perserta dan penama memberi waranti bahawa bahan-bahan tersebut dimiliki oleh mereka atau telah memperolehi hak untuk menggunakan bahan-bahan tersebut dan bersetuju untuk menanggung rugi McDonald’s Malaysia terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pelanggaran waranti ini.
Dengan menyertai Peraduan Foto Mingguan #HMLEGOMovie2, setiap peserta dan penama bersetuju untuk melepaskan McDonald’s Malaysia, pekerja, pegawai, pengarah, pemegang saham, ejen, wakil, syarikat induk gabungan, anak syarikat, pemegang lesen, pengiklanan, promosi, dan agensi, dan penasihat undang-undang, dari sebarang dan semua kerugian, ganti rugi, hak, tuntutan dan apa-apa tindakan yang berkaitan dengan Peraduan Foto Mingguan #HMLEGOMovie2 atau disebabkan daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalah-gunaan hadiah Peraduan Foto Mingguan #HMLEGOMovie2, atau perjalanan ke atau dari sebarang aktiviti yang berkaitan, termasuk tanpa had, kecederaan peribadi, kematian, dan kerosakan harta benda, dan tuntutan berdasarkan hak publisiti, fitnah, atau pencerobohan privasi.
McDonald’s Malaysia mempunyai hak mutlak untuk membatalkan, menggantung, menunda atau mengubah-suai hadiah Peraduan Foto Mingguan #HMLEGOMovie2 sekiranya terdapat mana-mana program tidak dapat dijalankan seperti yang telah dirancang.
Peserta mestilah bersetuju untuk untuk mengambil bahagian dalam sebarang liputan media yang berkaitan dengan Peraduan Foto Mingguan #HMLEGOMovie2.
Sekiranya tidak berminat untuk mengambil bahagian, peserta hendaklah menghubungi McDonald’s Malaysia dan wakil agensi yang telah dilantik segera.
McDonald’s Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah atau kesilapan teknikal rangkaian atau talian, peralatan peranti elektronik, perisian, kesesakan data internet, dan lain-lain. Ini termasuk sebarang kerosakan kepada peranti elektronik peserta atau orang lain yang berkaitan dengan penyertaan dalam memuat turun mana-mana bahan untuk Peraduan Foto Mingguan #HMLEGOMovie2.
Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, mengangguhkan mahupun mengubah mana-mana program dalam hadiah Peraduan Foto Mingguan #HMLEGOMovie2 yang tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang berlaku di luar bidang kuasa McDonald’s Malaysia.
Hadiah Peraduan Foto Mingguan #HMLEGOMovie2 boleh ditarik balik pada bila-bila masa tanpa notis.
Terma dan Syarat ini boleh diubah sekiranya perlu dan sebarang perubahan akan dimaklumkan di halaman Facebook McDonald’s® Malaysia www.facebook.com/My.McDonalds dan laman rasmi McDonald’s® Malaysia: https://www.mcdonalds.com.my/family.
McDonald’s Malaysia berhak, pada bila-bila masa, untuk mengesahkan kesahihan penyertaan, menolak penyertaan atau membatalkan penyertaan yang tidak memenuhi Terma dan Syarat.