MR SHAIFUL PUTRA BIN ZAKARIA
From SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
Nominated by MOHAMED HAZEMAN BIN HUZIR
Seorang pelajar di sekolah berasrama penuh, pelbagai dugaan telah dihadapi oleh Hazeman dan beberapa rakannya sehingga mereka berasa sangat tertekan. Menyedari keadaan ini, Cikgu Shaiful telah membentuk sebuah kumpulan drama melibatkan pelajar-pelajar dari pelbagai kelas. Mereka diberikan kebebasan untuk melakonkan pengalaman mereka di kalangan rakan-rakan sekolah mereka sendiri dan juga di peringkat daerah dan negeri sehingga mereka sering beroleh kemenangan. Ini juga telah membangkitkan semangat mereka dan keyakinan diri. Dengan penglibatan Hazeman dalam aktiviti drama ini, beliau mula sedar bakatnya dalam bidang seni persembahan dan beliau kini adalah seorang hos program tv, pempengaruh dan aktif di media-media sosial dengan pengikut dan peminat yang ramai.