Winners

Mr Yahya bin Ahmad Puteh

From SMK Rancha-Rancha

Mr Yahya bin Ahmad Puteh's photo

Nominated by Ukail Syamil Najmuddin bin Mohammaddee

ANUGERAH GURU INSPIRASI Tajuk : Aku & Cikguku Nama ku Ukail Syamil Najmuddin. Aku merupakan pelajar tingkatan 5 An-Nassawi dan aku bersekolah di SMK Rancha-Rancha. Aku merupakan calon pelajar SPM tahun 2020. Aku berumur 18 tahun, ya..pada tahun 2020 aku berumur 18 tahun, mungkin sesetengah pihak hairan kenapa aku masih berada di tingkatan 5 pada masa ini, sedangkan aku sepatutnya sudah selesai menduduki SPM pada tahun 2019. Inilah kisah dukaku yang sangat perit kutanggung dan kisahku ini akan kujadikan iktibar pada diriku dan tak akan kulupakan hingga kehujung hayatku. Pada tarikh 04 oktober 2019 bersamaan hari Jumaat keadaan di sekolah sangat gembira dan baik sehingga berlakunya satu tragedi yang tidak mungkin aku lupakan. Pada tarikh tersebut, sesuatu berlaku padaku dan menjadi mimpi ngeri yang tak pernah kulalui sepanjang hidupku. Pada pagi hari aku bersiap seperti biasa untuk ke sekolah dan dalam masa yang sama aku berasa kurang sihat dan tidak selesa. Ketika aku bangun pagi, tubuh badanku terasa lemah dan kepalaku terasa berat. Aku juga mengalami batuk, sistem pernafasanku terasa sempit kurasakan.Kedua-dua orang tuaku menasihatkan aku untuk tidak ke sekolah , tetapi aku tetap ingin ke sekolah.Pada hari itu juga merupakan hari penyerahan keputusan trial SPM, dan aku sangat bersemangat untuk mengambilnya setelah aku berusaha dengan gigih. Aku seorang penghidap Asma dari kecil semasa umurku 2 tahun sehingga sekarang, dan semasa kecil, aku kerap masuk wad disebabkan asma yang teruk. Pada masa yang sama bertarikh 04 oktober 2019, apabila aku tiba di sekolah aku terasa sesak nafas tetapi aku menahannya, aku menggunakan inhaler yang selalu ku bawa, tetapi malangnya inhaler tidak membantu mengurangkan asmaku, Aku tidak mampu bertahan dan terus memberitahu guru yang bertugas untuk menghubungi ibuku.Tidak lama kemudian Ibuku pun tiba di sekolah dan terus menghantarku ke Hospital Nukleus Labuan untuk menerima rawatan. Tepat jam 9 pagi aku sangat lemah dan di tempatkan ke dalam wad kecemasan. Tiga kali aku diberi antibiotik dua kali aku juga diberi nebulizer tetapi tetap tidak berkesan. Ternyata asma ku sangat teruk ketika itu, doktor memberitahuku bahawa aku akan di masukan ke wad lelaki. Pada jam 10 pagi, aku diusung ke wad lelaki, ketika itu aku menggunakan oxigen. Jam 1 tengahri, kepalaku terasa berat, mataku seperti berputar-putar. Tiba-tibaku rasakan dunia gelap gelita, rupanya aku pengsan tidak sedar kan diri. Doktor maklumkan kepada orang tua ku bahawa oxigen ku di paras kritikal 40 sahaja, dan ketika itu juga jantungku terhenti selama 2 minit. Doktor berusaha untuk menyelamatkanku. Aku di pindahkan ke wad ICU kerana keadaan ku ketika tu sangat kritikal. Aku koma selama 3 minggu. Genap satu minggu aku berada d wad ICU, doktor maklum kan keadaanku sangat kritikal dan semua ahli keluargaku, guru-guru SMK Rancha-Rancha, rakan-rakan berkampung di hospital. Mereka berkumpul sehingga jam 11 malam. Selama aku koma 3 minggu, aku langsung tidak sedar, tapi aku seolah-olah bermimpi didatangi oleh ahli keluargaku, guru-guruku serta rakan-rakanku. Dalam sedar tak sedar, aku selalu mendengar kata-kata semangat yang tinggi, kata-kata motivasi, kekuatan, kesabaran dan doa-doa yang dibisikan ke telingaku dari seorang guru. Guru ini juga selalu menyebut dan mengatakan bahawa beliau sentiasa ada untuk membantu diriku serta keluargaku. Walaupun aku tidak sedar, setiap selang sehari, telingaku tetap terdengar bisikan kata-kata semangat dan kata-kata yang selalu beliau lontarkan ketika perhimpunan pagi di sekolah Adakalanya terasa mataku di sapu dengan tisu dan tanganku di usap lembut oleh guru tersebut.. Perkara tersebut berlarutan sehinggalah aku sedar Masuk minggu ke tiga, aku sudah mulai sedar, tapi aku masih tidak boleh berbicara memandangkan aku masih menggunakan tuber saluran oxigen ke dalam mulut ku, aku hanya mampu menangis dan aku memberikan isyarat pada ibu ku untuk bertanyakan bahawa aku berada dimana dan kenapa aku berada di wad ICU. Aku berada di ICU dengan keadaan yang tidak tahu apa-apa. Ibuku menceritakan semuanya kepadaku apa yang telah berlaku pada diri ku. Sepanjang aku koma, ibu memberitahu aku bahawa pihak sekolah banyak membantuku dari segi sumbangan guru dan pelajar SMK Rancha-Rancha dan sepanjang aku berada di wad ICU, guru-guru SMK Rancha-Rancha telah mengadakan bacaan yassin seterusnya mendoakan untuk kesembuhanku. Malah solat hajat juga kerap dibuat di sekolah. Semua ini adalah inisiatif dan keperihatinan guru tersebut lalu disuarakan untuk diadakan aktiviti membantuku oleh pihak sekolah. Ibu bapaku juga menceritakan pada ku bahawa guru ini kerap melawatku selang sehari semasa aku dalam keadaan yang sangat kritikal dan tidak sedarkan diri. Bacaan yassin dan solat hajat tetap dibuat dimana-mana sahaja mereka berada. Guru ini juga kerap bertanya pada doktor yang bertugas pasal perkembanganku dan sering menghubungi kedua ibu bapa melalui smartphone kedua ibu bapaku semasa beliau menjalankan tugas luar dari Labuan, malah sekembalinya guru ini dari urusan kerja, beliau bergegas ke hospital untuk menziarahi diriku. Setiap hari jumaat guru ini dan pihak sekolah akan membuat solat hajat untukku dan membaca yasin untuk kesembuhan ku.. Pada 19hb Oktober 2019 bersamaan hari sabtu, aku di pindahkan ke wad lelaki, aku sangat gembira ketika ini. Guru tersebut memberikan kata-kata semangat buat diriku, aku sempat bertanya kan mengenai SPM yang tak lama lagi menjelang tiba dan guru tersebut mengatakan bahawa Aku tidak usah risau kerana guruku itu yang akan uruskan. Aku yakin aku dapat menduduki SPM sebagai calon hospital kerana aku rasa kan yang aku sudah benar-benar sembuh, tapi sangkaan ku hancur. Pada 31hb Oktober 2019 bersamaan hari khamis, sekali lagi aku di masukan ke wad ICU akibat kesukaran ku bernafas. Sekali lagi aku koma selama 2 minggu. Pada 4hb November 2019, SPM fasa ke-2 telah bermula. Semua calon SPM mula menduduki peperiksaan tersebut, dan aku masih bertarung nyawa. Masuk minggu ke 3 aku sudah mulai sedar, aku sempat tanya pada ibuku tentang bagaimana dengan SPMku. Ibuku hanya menjawab, “tak usah di risaukan”. Ketika itu, aku berasakan bahawa diriku sudah tiada harapan dan impianku musnah. Cita-cita yang kukejar selama ini hancur lebur dan aku menangis sepuas hatiku, bagaimana dengan masa hadapan ku?. Di saat aku bersedih dan kecewa, di saat aku memerlukan sokongan moral yang tinggi, guru ini lah yang banyak membantuku untuk menaikkan semangatku, motivasi, inspirasi serta iringan doa pada diriku. Kata-kata beliau yang memulihkan kembali semangatku. Ternyata aku tidak keseorangan menanggung kesedihan. Betapa murninya hatimu wahai guruku. Dan aku berazam untuk menjadi pelajar terbaik SPM tahun 2020 nanti. Beliau juga tak akan membiarkan kehidupan dan masa hadapan ku punah begitu sahaja, beliau telah berusaha untuk menguruskan penangguhan SPMku dan yang memberi makna bagiku ialah aku masih lagi calon pelajar sekolah dan tetap akan bersekolah di SMK Rancha-Rancha. Guru tersebut tidak mahu aku menduduki SPM sebagai calon persendirian kerana beliau berkata bahawa kita adalah satu keluarga yang harmoni, menitikberatkan ikatan kekeluargan antara guru dan murid. Sungguh aku terharu atas prihatinan dan tanggungjawap guru tersebut. Genap 1 bulan 20 hari aku berada di wad ICU, aku di pindahkn ke wad lelaki. Aku risau sebenarnya kerana takut aku akan masuk wad ICU untuk kali ke-3. Kerisauan tetap menghantui diriku. Ketika itu, aku tak boleh berjalan, malah untuk berdiri sendiri aku masih tak mampu. Guru tersebut yang selalu memberikan semangat yang tak luntur, malah beliau sendiri membantuku untuk menjalani terapi sehinggahlah diriku boleh berdiri dan berjalan sendiri. Guru ini juga sering memberikan aku nasihat supaya aku sentiasa menjaga kesihatanku, menjaga permakananku. Genap 2 bulan 5 hari, aku dibenarkan keluar dari hospital dengan harapan bahawa aku akan pulih sepenuhnya. Kini tahun 2020, aku sudah kembali bersekolah seperti biasa, guru ini sentiasa membantuku semasa di sekolah. Kelasku dahulunya berada di tingkat atas, sekarang atas ikhtiar guru tersebut, kelasku berada di bawah sekali kerana guru tersebut tidak mahu melihat aku sakit semula. Malah kebajikanku dijaga rapi oleh guru tersebut. Aku sentiasa dibantu, selalu ditanya mengenai kesihatanku dan aku juga dilarang membuat aktiviti-aktiviti yang berat. Aku cuma jadi pemerhati dari jauh sahaja. Guru tersebut selalu mengatakan supaya cuba fokus untuk SPM sahaja dan pantau kesihatanku. Aku dilayan seperti kelas atasan, bahkan, guru tersebut sentiasa memantau mengenai kebersihan kelas mahupun keliling sekolah. Betapa beruntungnya aku dan pelajar-pelajar SMK Rancha-Rancha mempunyai guru yang sangat mengambil berat mengenai pelajar-pelajar nya. Kisah ku ini akan ku simpan rapi sebagai kenangan bagiku, andai aku sudah tamat sekolah menengah, kisahku ini akan ku abadikan di akhbar sekolah nanti. Jasa kesemua guru-guruku tidak akan ku lupakan hingga hayatku. Kesemua guru-guru SMK Rancha-Rancha merupakan guru yang sangat terbaik baik, terhebat bagi diri ku. Suara Hati Untuk Guru ku... Oh guru ku... Tanpa mu, Mata ini akan buta tak mampu menutup, Kaki ini akan merangkak tak mampu berjalan, Mulut ini akan bisu tak mampu berkata, Langkah ini akan meraba tak tau arah, Hidup ini akan gelap tak ada cahaya, namun.. saat engkau datang Kau beri aku segalanya.. Oh guruku.. Saat aku bersedih Engkau datang membawa kebahagian Saat aku bertanya-tanya Engkau datang memberiku jawapan Saat aku dalam kegelapan Engkau datang membawa cahaya Saat aku lemah Engkau datang memberi Semangat Saat aku putus asa Engkau datang membawa Sejuta harapan.. Oh guruku... Betapa mulia nya jasamu Betapa luhurnya baktimu Engkau selalu memberi Tak pernah meminta Betapa tulusnya jiwamu Engkau selalu menolong Tak pernah mengeluh Hanya satu hal yang engkau Harapkan dari ku Engkau berharap.. Agar aku dapat menggapai Cita-citaku Engkau berharap... Agar aku dapat meraih Mimpi-mimpiku Oh guruku.. Semoga Tuhan membalas Jasa-jasamu Semoga Tuhan meneguhkan Lanhkah mu Semoga Tuhan Selalu bersamamu.. Oh guruku... Cikgu Yahya Bin Ahmad Puteh Calon Anugerah Guru Inspirasi 2020 Pengetua SMK Rancha-Rancha WP Labuan..

Read More