Winners

Mr Alvin Chan Seng Chai

From SMK Nabawan, Sabah

Mr Alvin Chan Seng Chai's photo

Nominated by Julius Muris

Saya Julius Muris merupakan alumni Smk Nabawan Sabah, disini saya mencalonkan guru yang sangat memberi inspirasi di sekolah saya di daerah nabawan. Dia ialah Cikgu Alvin Chan Seng Chai merupakan guru berbangsa cina, berasal dari Perak dan mengajar di SMK Nabawan lebih daripada 13 tahun hingga kini. 1. Dia (Alvin) sangat berdedikasi dan sentiasa memberi semangat kepada pelajarnya dalam subjek Dia ajar iaitu English. Apa yang membuat saya bangga kepada cikgu ini dia tidak pernah putus asa supaya pelajar di smk nabawan boleh menguasai dalam bahasa Inggeris. Sebab kebanyakan pelajar di sini hampir pelajarnya dan termasuk saya berbangsa murut dan kadang-kadang dalam kelas kami bercakap dalam bahasa murut dan malu bercakap dalam bahasa Inggeris dalam kelas. Antara kaedah pembelajaran sangat baik dan kreatif dia lakukan setiap kelas dia, pelajar perlu bercakap bahasa Inggeris dan dia tidak mahu pelajarnya bercakap bahasa melayu. Dan satu program yang dia lakukan di sekolah setiap hari rabu semua pelajar bercakap bahasa Inggeris. Cikgu Alvin juga setiap malam dia selalu melawat pelajar yang belajar di asrama 2. Antara pengalaman dan inspirasi yang saya tidak pernah saya lupakan hingga hari ini. Pada tahun 2009 dia bawa saya ke kota Kinabalu dan disini lah minda saya terbuka kerana dia memperlihatkan saya bagimana kehidupan di kota. Dia (Alvin) katakan pada saya, jika kita tidak menghargai dan keluar daripada zon selesa (hidup kampung) bagimana kamu hidup dikota ini pada suatu hari nanti. Disini lah minda dan fikiran saya terbuka untuk terus belajar dan berusaha bersungguh. 3. Dia (Alvin) sangat pemurah dan baik hati di sekolah saya. Dia suka tolong pelajar yang ada masalah seperti masalah kewangan. Dia suruh saya berniaga di asrama jual nestum kerana dia tahu saya tiada kewangan dan berasal dari keluarga susah dan dia juga sanggup cari orang kenalan dia untuk membiayai di sekolah menengah. Pengalaman ini lah yang tidak pernah saya lupakan hingga ke hari ini. 4. Dia (Alvin) sangat menitikberatkan tentang masa depan pelajarnya termasuk saya. Saya pernah mengulang STPM dua kali dan sebab STPM pertama saya gagal. Jadi cikgu Alvin Suruh saya ambil calon persendirian STPM semua subjek dan Dia tolong saya juga menumpang belajar di sekolah dan tinggal asrama untuk memudahkan saya belajar Seperti biasa. Hingga hari ini saya sudah menamatkan pelajaran saya di UITM Sabah pada tahun 2018. Kalau bukan dia siapa lah hari ini. 5. Dia (Alvin) sangat mendorong dalam hidup 100%, daripada hidup kampung dan memang kampungan, tidak pandai berdikari, pemalu dan tidak pandai bergaul dengan orang lain. Atas dorongan dan motivasi dia berikan, sikap saya jenis pendiam telah berubah jadi berani dan sehingga kini saya boleh bercakap dengan orang ramai bahkan pernah dijemput sebagai penceramah motivasi di sekolah tahun lalu. 6. Dia (Alvin) sangat baik orangnya dan menyayangi pelajar. Kalau dia nampak pelajar buat perkara tidak baik terus dia tegur. Antara hasil yang tidak pernah saya jangkan dalam hidup saya, saya pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik lelaki asrama dan sebagai ketua pengawas asrama atas kepimpinan yang saya ada. Saya sangat berterima kasih kepada cikgu alvin kerana sikapnya yang sangat rapat kepada pelajar dan suka membantu kepada pelajar hingga hari ini. Saya bukan sahaja menceritakan ikon guru di sekolah saya tetapi pelajar dan guru lain pun pasti menceritakan perkara yang sama apa yang dia sudah lakukan di sekolah hari ini. Melalui platform ini moga jasa cikgu ini dapat dihargai atas pengorbanan yang beliau lakukan hingga hari ini. Terima kasih cikgu Alvin Chan Seng Chai. Walaupun saya alumni Smk Nabawan, jasamu tidak pernah saya lupakan hinga akhir tua saya. Terima kasih Cikgu, Julius Muris 9 March 2020

Read More