Winners

Mr Wan Mohd Saifuddin Bin Wan Hasan

From Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6, Kluang, Johor

Mr Wan Mohd Saifuddin Bin Wan Hasan's photo

Nominated by Nor Syafiq Bin Nor Yazid

Sebuah kisah inspirasi luar biasa insan bergelar guru..insan ini ibarat abang dan juga ayah di sekolah. mengapa beliau layak dijadikan inspirasi? Dalam dunia pendidikan, memang saya sebagai seorang pelajar berjumpa dan mengenali banyak guru, dan mereka saya sanjung kerana mendidik dan mengajar saya tetapi Cikgu wan ialah cikgu luar biasa..sikap rajin, usaha, kreatif, menyahut cabaran, penyayang dan tidak mengeluh  dan memebrikan kesan positif dalam kehidupan saya. Ya, saya pelajar yang nakal dan sering tidak menyiapkan kerja sekolah...biasalah apabila terlibat banyak dengan masalah di sekolah, sering dipandang serong dan tiada berpeluang diberi kepercayaan. Berbeza dengan Cikgu Wan dia mendekati saya dengan cara halus dan telus, tiada marah dan tiada kata nista. Saya dinasihatkan secara penuh hemah dan dibimbing dengan nasihat-nasihat yang lembut supaya mengubah tingkah laku walaupun tidak secara mendadak. Saya diberi kepercayaan untuk menjadi ketua tingkatan, namun kelas kami banyak kekurangan dengan tiadanya papan kenyataan, tingkap yang banyak pecah dan sebagainya.Saya sering mengeluh dengan nada-nada kekesalan" cikgu tengoklah kelas ni cikgu macamana nak menang dan kami semua tiada semangat untuk belajar dalam kondisi seperti ini'... Cikgu Wan sentiasa mengukir senyuman dan memebri jwapan yang sangat indah" Sila beri kepercayaan untuk saya dan saya akan mengubah kelas ini menjadi sebuah cafe yang indah"..Ya apa yang dinyatakan olehnya dikotakan dan kini kelas kami bukan seperti sebuah kelas tetapi seperti sebuah Cafe Hipster yang indah, dipenuhi maklumat, paparan menarik dan membangkitkan suasana ingin belajar yang luar biasa. Sepanjang 16 tahun di alam persekolah tidak pernah ada sebuah kelas dengan tema seumpama ini.

Saya mulakan kisah kesungguhan dan kemurnian insan bergekar guru dari kelantan ini. Bagaimana kesungguhannya untuk memastikan kami seronok dalam kelas ini..Kami mulakan projek menghias dan merubah rupa kelas seperti dengan penuh sistematik, ini memgambarkan cikgu Wan seorang byang bersistematik, bermula dengan mencari material...di sini bermulalah kekaguman saya terhadapnya. Beliau sendiri menggunakan masa yang ada dengan menjejaki dari satu kedai ke satu kedai untuk memastikan tema menjadikan kelas seperti cafe hipster tercapai.. Sangat luar biasa sepanjang sebulan Hari Jumaat dan Sabtu, saya bersama tiga rakan yang lain beserta cikgu Wan berusaha memberi panorama indah kelas. Proses memaku rak buku dibuat olehnya sendiri dan mengecat kelas dilakukan olehnya dengan bantuan dua orang pelajar... Sangat dedikasi, rajin dan bersungguh-sungguh utk menghasilakn dan mengotakan janji...Dari awal pagi saya dan rakan serta cikgu Wan berusaha memberi wajah pada kelas sampailah ke petang. kami dilayan seperti seorang anak pagi dibelinya saarapan, sebelah twngahari kami dihidangkan dengan hidangan yang dimasaknya dan sebelah petang memang tidak terlepas dari makan petang.. Kadang-kala kami rasa malu, kerana kerja kami tidaklah sebanyak yang dialakukan beliau tetapi dia mellayan kami macam anaknya sendiri. kami diambil dan dihantar pulang olehnya.. Peringkat awal kelas kami  kelihatan biasa  cuma berubah dari warna dan kemasan tetapi memang keajaiban bermula, sentuhan tangan kreatif beliau menjadikan kelas kami  menerima pujian kerana konsepnya sangat unik.. Kami harus berterima kasih kepada cikgu wan kerana 90 % atas usahanya sendiri... Ada saat dan ketika, dia sendiri yang meghias kelas tanpa bantuan kami, selalunya seepas sahaja waktu persekolahan  beliau akan berada dalam kela sampai ke petang menampalkan maklumat, membalut meja kami, memasang langsir dan mengecat pintu. Semua itu dilakukannya sendiri atas usahanya.

Sepanjang bekerja dengan beliau untuk menyiapkan kelas tiada kata keluhan akibat kepenatan, masa banyak dihabiskan ataupun duit dibelanjakan.. Apa yang dikeluarkan dari mulutnya hanya' insyallah jika hari ini kita buat baik sesama kita, satu hari nanti allah akan temukan kita dengan orang yang berbuat baik dengan kita'.. Beliau sering menyedarkan kami, kesusahan dan kepayahan itu satu cabaran..untuk apa? untuk mengajar kita menjadi lebih baik dan lebih kuat..sahutlah cabaran dengan tangan terbuka dan berusaha untuk menjadi yang terbaik sert membuktikan kita boleh melakukannya.Beliau insan hebata anugerah yang EsaHasil usaha beliau, makaasepanjang minggu kelas kami diisytiharkan sebagai kelas terbersih dan tercantik... Inilah  guru inspirasi saya sepanjang masa 

 

Read More