Winners

Mr Azmi Bin Abdul Rashid

From Sekolah Menengah Kebangsaan Chini Timur, Pahang

Mr Azmi Bin Abdul Rashid's photo

Nominated by Muhammad Amin Akram Bin Aminallah

Baik,tekun,amanah,tiada sifat pemarah,Sporting,Penyayang dan peramah merupakan ciri idaman yang diinginkan oleh setiap pelajar dalam proses mengenali guru mereka.Pada masa yang sama juga,ciri sebeginilah yang perlu ada dalam diri seorang Pengetua sekolah.Bermuka bengis..??Garang..?? Tegas...?? Ini zaman moden,pengetua atau guru sebegitu sudah tiada lagi..Dengan itu,perubahan drastik dari segi ciri guru dan pengetua dapat aku rasai sendiri.Awal tahun 2016,Berita tentang kehadiran pengetua baru tersebar luas di SMK Tengku Abdullah,Bayangkan sekolah harian aliran biasa akan mempunyai pengetua seorang ustaz,apakah kami akan wajib memakai songkok ke sekolah..Berbaju melayu dan bersampin setiap jumaat..??Makin mengerikan adalah berita tentang pengetua akan menjadi ustaz untuk kelas aku sendiri iaitu 5sains sukan 1,dimana aku adalah ketua kelas tersebut.


           Sebenarnya,semua yang aku fikirkan adalah tidak benar,Encik Azmi Bin Abdul Rashid.Seorang yang baik,peramah,sporting,penyayang dan paling diminati adalah sikap memahaminya.Aku turut terpesona dengan sifat kegigihan Ustaz Azmi yang berulang-alik dari rumahnya di Chini ke SMKTA di pekan sejauh 58km setiap hari.Sebelum berpindah ke SMKTA,Encik Azmi berkhidmat di SMK Keratong iaitu sejauh 45km dari Chini.Perjalanan bermula pada 6pagi yang turut diselangi tragedi mistik seperti gangguan,ada juga yang menyebabkan kenderaan ustaz hampir hilang kawalan.Dan pengorbanan itu hanya untuk sampai ke sekolah bagi menjalankan amanah.Ustaz Azmi yang sepatutnya habis bekerja pada pukul 4:30ptg terpaksa bertukar kepada 6petang setiap hari kerana sibuk menyiapkan kerjanya oleh itu kadang-kala ustaz Azmi akan sampai ke rumah pada malam hari dalam keadaan jalan gelap dengan risiko yang tinggi.Ustaz Azmi juga merupakan Pengerusi bagi Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Pekan,kerana sifat amanah dan kepimpinannya yang turut diakui semua pengetua lain,sifat beginilah yang ingin aku semaikan dalam diri aku,malahan jika ditanya tentang Ustaz Azmi kepada guru di sekitar daerah Pekan,semuanya akan memberi 1001 pujian sahaja.Ustaz Azmi atau panggilan khas bagi anak-anak 5sains sukan 1 iaitu Abi Azmi,merubah diriku daripada malas kepada rajin,degil kepada mendengar kata,ego kepada berfikiran terbuka,nakal kepada bersopan-santun,kurang pintar kepada cemerlang,kini aku juga tidak mengenali makna putus asa dan yang paling penting adalah apa yang akan aku ceritakan ini.


                Sifat kebapaan yang disampaikan Abi Azmi semasa mengajar,membuatkan aku bersemangat dalam usaha aku membanggakan Mak.Aku sejak dari 4bulan di dalam rahim,sudah tiada ayah yang meninggal akibat sakit jantung.Sepanjang proses pembesaran aku,dari lahir sehingga berumur 17 tahun,aku tidak kenal erti anak yatim bagiku itu hanya gelaran dan tiada apa-apa erti.Tetapi segalanya berubah setelah aku mengenali Abi Azmi beliau membuatkan aku mengenali erti sebenar anak yatim kerana pada mulanya,aku berjumpa Abi Azmi buat kali pertama adalah di dalam program PERHATI iaitu program untk anak-anak yatim tingkatan 5,di situ beliau menasihatiku dan ayat Abi masih aku ingat. Jika  ayah Amin melihat Amin cepat mengalah,malas dalam membanggakan keluarga,apa reaksi ayah..?? Mesti Ayah sedih..Amin tak rasa bersalah..?? Apa gunanya sedih..??  Ayah Amin tidak akan kembali..Amin hanya mampu mendoakan Ayah,Ustaz percaya ayah sayangkan Amin dan mahukan Amin berjaya dalam hidup,cuba untuk berjasa pada keluarga,agama dan negara,oleh itu rebut peluang yang ada untuk SPM akan datang,tunjukkan kepada kawan-kawan yang anak yatim bukanlah alasan untuk Amin hilang semangat dan bukan alasan untuk Amin tidak mendapat cemerlang,Jika ada apa-apa masalah boleh beritahu ustaz,ustaz bantu Amin,Insyallah


         Ayat tersebut mungkin tidak memberi kesan tetapi pada aku itu adalah pemangkin untuk aku bersemangat serta ingin merubah diri kepada yang lebih baik dan bagi aku,semasa di sekolah Abi Azmi adalah ayahku,guruku,sahabatku yang sentiasa ada untuk mendengar kisah susah sedih aku,walhal sebelum ini,guru-guru aku yang lain semua aku tidak endahkan.Sejujurnya,memang rasa seronok kerana itu adalah kali pertama aku merasa kasih sayang seorang ayah walaupun hanya pengetua dan ustaz yang bersifat kebapaan.Bukan maksudku untuk mengemis kasih sayang.Tetapi begitulah hakikatnya.Lagipun Abi Azmi sangat sporting untuk dijadikan kawan baik tetapi masih perlu hormat.Semenjak dari pengenalan tersebut,hidup aku berubah dari segi akedemik kerana pada peperiksaan p1 aku selepas mengenali Abi,aku mendapat result 1A2B+2B2C+1C,dan terus meningkat kepada 3A3B+2B semasa pertengahan tahun dan aku berjaya dengan cemerlang pada percubaan SPM yang menyebabkan aku ditarik menjadi seorang pelajar Target iaitu 5A3B+ pada masa itu,hampir kesemua guru yang mengajar tingkatan5 terkejut dengan peningkatan prestasi yang aku tunjukkan kerana mereka tahu,aku adalah pelajar yang terlalu bodoh sombong,walaupun begitu prestasi aku sedikit menurun apabila SPM sebenar iaitu 4A4B+ sahaja,dan alhamdullilah subjek Abi aku mendapat A dan mendapat rm50 seperti yang dijanjikan Abi.setiap peningkatan aku telah membanggakan Abi Azmi,Mak,dan ahli keluargaku,aku menganggap keputusan itu yang terbaik kerana itu adalah ketentuan ilahi dan sebelum ini,aku seorang yang sentiasa mendapat F dalam 2 atau 3 subjek.


       Betul kata orang tua-tua dulu,yang baik tidak akan kekal lama.Setelah hanya 7 bulan menyumbang tenaga sebagai pengetua SMKTA,Abi Azmi telah disahkan untuk berpindah ke sekolah yang lain iaitu SMK Chini Timur,sekolah yang lebih dekat dengan rumah Abi,perjalanan lebih selamat dan tentulah untuk kebaikan kesihatan Abi sendiri.Sudah tentu,pada minggu terakhir atau minggu mata berhabuk Abi Azmi berada di SMK Tengku Abdullah,tangisan demi tangisan,malah Abi juga turut mengeluarkan air mata.kerana Abi,terlalu baik dan penyayang,terlalu berat hati melepaskan Abi Azmi ke sekolah lain.Apatah lagi kelas aku,iaitu kelas yang 1-1nya diajar oleh Abi Azmi dalam menjadi Pengetua dan guru di SMKTA.Masih aku ingat,sebelum Abi berpindah,beliau telah memberikan buku kepada 5sains sukan 1,untuk kami tulis,apa sahaja yang terbuku di minda tentang Abi Azmi sendiri.Seperti dijangka,buku itu penuh dengan setiap kisah dan kenangan yang dicipta sepanjang 7 bulan Abi Azmi mengajar anak-anak Abi iaitu 5sains sukan 1.
   

       Kesimpulannya,guru bukanlah orang hebat,tetapi semua orang hebat disebabkan oleh guru,sebagai pelajar sekolah,semenjak pengenalan dengan Abi Azmi,Abi Azmi telah banyak merubah diri aku menjadi lebih baik seperti jika dahulu aku adalah seorang yang mementingkan diri sekarang aku adalah orang yang sanggup berkorban demi orang lain.Untuk pengetahuan,aku telah menetapkan cita-cita untuk menjadi seorang pengetua SMK,dimana aku akan dapat merasai sendiri pengalaman menjadi seperti Abi,amanah,tidak mudah putus atas,tekun,penyayang dan memahami seperti Abi,akan aku cuba semuanya.Susah senang sebagai pengetua SMK.Kesimpulanya,bagi aku guru sebegini amat luar biasa,Abi menggunakan hanya sedikit kata nasihat untuk merubah aku yang dahulunya mempuyai sifat negatif kini aku telah berubah kepada yang lebih positif.Harapan aku hanyalah guru seperti Abi akan terus wujud di dunia,mendapat ganjaran di akhirat,diberikan rezeki melimpah,nikmat kesihatan dan umur yang panjang.Kisahku tentang Abi Azmi mungkin tidak sehebat guru-guru luar biasa lain,tetapi aku tetap bangga kerana aku mempuyai guru dan juga pengetua seperti Abi Azmi hanya 1 dalam sejuta.Aku kini masih dalam proses mengejar cita-cita dan berada di langkah pertama iaitu STPM yang juga disyorkan oleh Abi Azmi kepada aku.Sekian tentang guru dan pengetua luar biasaku iaitu Abi Azmi.

 

Read More