Inspiring Stories

Mr VENKATESWARAN

From ST.JOHN INSTITUITION

Mr VENKATESWARAN's photo

Nominated by NUR IZZATUL NUHA BINTI ZAINAL ABIDIN

Pada umur 15 tahun, tahun 2015, saya merupakan pelajar di Tingkatan 3 yang mana akan menghadapi Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Saya merupakan pelajar yang ceria dan peramah serta mempunyai tiga orang sahabat,iaitu A,B dan C (bukan nama sebenar). Mereka bertiga merupakan gerangan yang menceriakan hari-hari saya di sekolah. Saya amat menyayangi mereka dan menganggap mereka sebagai darah daging saya sendiri. Walaupun saya dan A berada di kelas pertama , B dan C berada di kelas kedua, itu tidak pernah menjadi halangan antara kami berempat.

Pada suatu hari, di kelas pertama, saya dan A serta rakan-rakan yang lain sedang mempelajari subjek Matematik. Tiba-tiba, setelah selesai mengajar kami, guru Matematik kami memberi kuiz yang mana membuatkan kami semua terpinga-pinga dan cemas. Ketika itu, saya dan A hanya mengharapkan yang terbaik dari diri sendiri.

Kuiz itu dijalankan selama 30 minit dan alhamdulillah saya dapat menjawab kesemua soalan dengan tenang.Pada waktu di mana guru Matematik meminta semula kertas kuiz daripada kami, saya melihat A seperti takut dan gusar akan sesuatu tetapi saya tidak bertanyakan apa-apa soalan kepadanya. Guru Matematik meminta wakil setiap kumpulan meja mengutip dan menyerahkan kertas kuiz tersebut kepadanya. Jadi saya menawarkan diri bagi kumpulan meja saya. Saya mengutip kesemua kertas kuiz bagi kumpulan meja saya. Akan tetapi, A tidak memberikan kertas kuiznya kepada saya dan katanya dia lupa hendak menulis namanya pada kertas itu. Jadi saya memberitahunya agar berikan kepada guru selepas selesai menulis nama. A hanya menganggukkan kepala dan saya terus beredar ke meja guru Matematik kami. Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran telah tamat dan masa untuk pulang. Saya bersama A keluar dari kelas dan menunggu B dan C. Kami pulang dengan gembiranya dan bergelak tawa.

Keesokkan hari di sekolah, pada awal pagi lagi, merupakan subjek Matematik. Guru Matematik masuk ke dalam kelas tetapi dengan muka yang agak marah. Kami semua pelik dan risau akan kehadirannya yang begitu rupa. Lantas kami memberi salam dan duduk di tempat masing-masing. Guru Matematik kami mula berbicara, beliau memberitahu bahawa keputusan kami agak memuaskan dan boleh dipertingkatkan lagi tetapi beliau kecewa yang mana ada seorang pelajar yang tidak menghantar kertas kuiznya kepadanya. Lalu kami bertanya kepada beliau siapakah si gerangan itu ? Dan beliau menjawab si A yang tidak menghantar kertas kuiznya. Semua orang memandang si A dan membuat reaksi aneh kepada si A. Lalu guru kami memanggilnya ke hadapan dan menyuruh kami semua untuk menjawab soalan yang ada pada buku teks. Semua pelajar khusyuk menjawabnya tetapi saya hanya memikirkan mengapa A tidak menghantar kertas kuiznya.

Tiba-tiba, nama saya dipanggil oleh guru Matematik. Jadi tanpa melengahkan masa, saya pun bergerak ke arah meja guru tersebut. Secara tiba-tiba guru Matematik bertanya soalan kepada saya,"Di mana awak letak kertas kuiz si A ?". Dengan pantasnya saya menjawab," saya tidak pegang mahupun simpan pun kertas kuiz A, cikgu kerana A kata dia tidak tulis akan namanya lagi pada kertasnya. Jadi saya cuma menyuruh A untuk jangan lupa beri kertas kuiz itu kepada cikgu.". Lalu A hanya menggelengkan kepala dan berkata, " tak lah...kan aku ada bagi engkau semalam ? Kau lupa ke ?". Ketika itu saya rasa seperti ada duri dalam daging. Sekali lagi saya membalasnya, "tidak engkau tidak memberikan kertas kuiz itu kepada aku. Engkau sendiri yang kata yang kau akan memberikan kertas kuiz itu kepada cikgu setelah engkau menulis nama di atas kertas kuiz itu.". Guru Matematik hanya melihat pertelingkahan yang berlaku antara kami berdua. Lalu beliau berkata,"sudah kalau dua-dua bergaduh m, tidak akan selesai masalah ini ! " ,"baiklah cikgu akan letak sahaja markah si A ,0% . Dah pergi sambung buat kerja!". Dengan rasa penuh kesedihan dan keperitan di hati ini, saya dan A berlalu pergi ke tempat duduk kami dan saya tidak langsung memandang ke arahnya dan teruskan menjawab soalan di dalam buku teks. Saya sempat mengintai tingkah laku A, tetapi dia bertindak seperti tiada apa yang berlaku antara kami berdua. Lakonannya sungguh menyakitkan hati saya sepanjang hari persekolahan itu.

Hendak dipendekkan cerita, semenjak kejadian itu berlaku, saya dipandang serong oleh guru Matematik. Tambahan lagi dengan keputusan saya dalam peperiksaan amatlah teruk dan mengecewakan yang mana saya hanya sekadar memperolehi gagal ,30% ke bawah dan lulus ,40% atas pagar. Sehinggakan apabila saya hendak bertanya kepada guru Matematik tentang soalan yang saya tidak faham akan jalan kerjanya, beliau langsung tidak mengendahkan persoalan saya dan buat-buat tidak nampak akan kehadiran saya. Setiap kali saya ingi bersalaman dengannya, beliau tidak pernah menggulurkan tangannya tetapi dengan pelajar lain beliau hulurkan tangan beliau dan apabila tiba masa saya untuk bersalaman, beliau hanya salam dan tarik dengan cepat tangannya seolah-olah beliau tidak membenarkan saya mencium tangannya. Setiapa kali matapelajaran Matematik itulah apa yang akan berlaku sehinggalah saya tekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk memperbaiki markah bagi subjek tersebut dengan menghadirkan diri ke pusat tuisyen Ilmu Studio yang mana, kakak dan abang saya cadangakan.

Disinilah bermula segala-galanya, di mana setiap kali di tuisyen ketika matapelajaran Matematik, saya sentiasa bersemangat untuk belajar semula subjek tersebut kerana akan kehadiran seorang insan yang sangat baik hati,ikhlas dalam mengajar dan sangat menghiburkan,iaitu Sir Ven (nama gelaran). Beliau sangat disegani oleh semua pelajar,dan pekerja-pekerja di pusat tuisyen itu. Beliau juga terkenal di antara kalangan pelajar mahupun guru-guru di sekolah di Malaysia. Ada yang sanggup datang ke pusat tuisyen itu walaupun ianya jauh dari kawasan perumahan mereka semata-mata untuk belajar bersama beliau. Beliau merupakan guru matapelajaran Matematik dan Matematik Tambahan yang cemerlang pada saya. Setiap kali waktu pembelajaran subjek-subjek tersebut, beliau sentiasa mengingatkan semua pelajar agar sentiasa menghormati ibu bapa, guru dan rakan-rakan kerana mati pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, saya sentiasa muhasabah diri dengan kata-kata beliau dan mengaplikasikannya ke dalam kehidupan saya.

Alhamdulillah, walaupun tidak mencapai gred A dan hanya memperolehi markah 78%, B dalam peperiksaan PT3, saya tetap bersyukur kerana akhirnya usaha saya tidaklah sia-sia dan lebih menggembirakan lagi ialah guru Matematik saya sudah bertegur semula dengan saya dan beliau seakan malu atas perbuatan yang beliau telah lakukan ke atas saya. Hubungan saya dengan A sudah semakin pulih dan kami berempat masih bersahabat sehingga ke hari ini kerana bagi saya apa yang sudah lepas, tidak perlu dikenang kembali dan tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Oleh itu, bagi saya memaafkan lebih baik daripada membenci dan air yang dicincang tidak akan putus. Hubungan seperti isi dengan kuku memang sukar untuk saya lupakan. Jadi saya amat berterima kasih kepada Sir Ven kerana beliau hubungan saya dengan guru Matematik kembali rapat dan hubungan saya dengan A semakin pulih. Beliau amat memberi inspirasi kepada saya dan beliaulah insan yang banyak berjasa dalam kehidupan saya selain daripada ibu bapa saya sendiri. Terima kasih Sir Ven. Jasamu akan saya kenang hingga ke akhir hayat saya. "Be kind to another and respect your parents, teachers, and friends" .

Terima Kasih 

Thank You

Read More