Inspiring Stories

MDM NUR FADHLINA BT KHAIRUDDIN

From SK GOPENG TAMAN GOPENG BARU

MDM NUR FADHLINA BT KHAIRUDDIN's photo

Nominated by MAHIZON BINTI MAHMOOD

Guru inspirasi saya adalah Nur Fadhlina bt Khairuddin. Beliau terkenal di kalangan guru-guru dengan panggilan Lynn Zack.Beliau dilahirkan di Gopeng,Perak. Seorang yang sangat peramah dan periang sehingga membuatkan saya amat senang dengannya. Di sebalik keriangan dan keceriaan insan ini terdapat sebuah kisah duka di dalam kehidupannya.Anak sulongnya yang lahir normal telah menghidap kanser dan telah kembali ke rahmatullah ketika berusia enam tahun. Pada mulanya beliau amat terpukul dengan perkhabaran ini.Namun akhirnya,dia belajar redha dengan ketentuan Illahi dan sentiasa berfikiran positif. Walaupun perkenalan saya dengan Lynn Zack baharu lagi,namun sebagai salah seorang pentadbir di sekolah saya ,saya dapat melihat keterampilan diri beliau dan sikap dedikasi yang amat ketara.Jika diberi sesuatu tanggungjawab,beliau akan melaksanakan tugas itu dengan pantas dan hasil yang didapati amat memberangsangkan. Sangat kreatif dan mempunyai idea yang diluar kotak terutama dalam mereka buku program. Sentiasa bersemangat dan ingin mempelajari sesuatu yang baharu. Meskipun jarak usia kami yang agak berbeza namun tidak menghalang beliau untuk berinteraksi dengan saya dan mengajar saya apa yang ingin saya pelajari.Kehebatan Lynn Zack adalah di dalam bidang IT. Hebatnya wanita ini dapat dilihat ketika Covid-19 mula menyerang negara kita. Sekolah terpaksa ditutup. Semua pembelajaran terpaksa dilakukan di atas talian.Ketika ini semua guru terpaksa bertungkus lumus mencari bahan dan mempelajari cara - cara untuk mengajar di atas talian. Dan di ketika inilah Lynn Zack merebut peluang untuk menggunakan kepakaran yang beliau ada untuk di kongsikan bersama. Beliau bermula dengan menyertai e-didik.Setelah beliau melepasi tahap yang dikehendaki ,beliau telah diterima di Akademi Youtuber(AYU). Beliau juga menjadi moderator untuk majlis-majlis tertentu di atas talian. Video yang dicipta amat mudah difahami sehinggakan saya sendiri terbawa-bawa untuk mencuba aplikasi-aplikasi yang dikongsikan. Dari seorang yang tidak tahu apa-apa sehinggalah saya belajar sesuatu yang amat penting. Semuanya saya gunakan untuk meningkatkan pengajaran atas talian saya suppaya menarik minat murid-murid. Kadang-kadang,saya tidak perlu membuat video pdpc saya sendiri kerana Lynn Zack akan berkongsi kepada kami apa yang telah beliau buat. Begitu mudah hidup kami. Beliau tidak kedekut ilmu.Jika ada guru yang ingin membuat live streaming untuk pengajaran,beliaulah orang pertama yang akan sukarela membantu. Beliau mempunyai lebih kurang 20,000 orang subscribers dengan 600,00 tontonan di You Tube. Lynn Zack merupakan sumber inspirasi saya dan patut menjadi contoh kepada guru-guru muda sekarang.

Read More