Ms Koh Bee Ching
From SJK (C) Khoon Aik, Kangar, Perlis
Nominated by Ong Wei Chee
Hi,semua.Hari ini saya ingin memperkenalkan guru yang paling digemari oleh ramai pelajar iaitu Cikgu KOH BEE CHING.Beliau juga akan dipanggil teacher ataupun Cikgu Tinggi.Ini disebabkan beliau sangat tinggi di kalangan guru yang ramai.Kenapa beliau digemari ramai pelajar?Kenapa?Tentu ada sebabnya.Iaitu beliau merupakan seorang guru yang baik hati,sopan,menyayangi pelajar,mengambil berat tentang pelajar dan beliau juga merupakan seorang yang suka membuat lawak kepada pelajar sekalian. Beliau datang semasa saya darjah 5.Beliau merupakan guru yang mengajar bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris.Sebelum kedatangan beliau,saya punya inggeris amat teruk.Setiap kali peperiksaan hanya ada E atau D sahaja.Selepas beliau mengajar kelas kami,bahasa inggeris saya semakin baik.Gred saya meningkat dari D menjadi C.Saya amat gembera.Setahun pun sudah lalu,saya pun menjadilah seorang murid darjah 6 yang merupakan contoh teladan kepada pelajar yang lebih muda.Saya ingat saya boleh fokus kepada pembelajaran saya semasa darjah 6 tetapi...... Hidup saya menjadi semakin teruk.Emak saya telah meninggal kami balik ke negara asalnya iaiti Thailand.Emak saya meninggalkan saya dengan seorang adik lelaki yang berumur 10 kepada kakak saya.Kakak saya tidak bekerja hanya menjaga kami manakala suaminya yang bekerja tetapi duit setiap kali tidak cukup guna kerana terlalu banyak beban yang harus ditanggung oleh nya.Semakin lamanya,elektrik rumah saya “dipotong”..Rumah saya hanya boleh menggunakan lilin untuk melihat benda semasa malam.Masa itu juga semakin mendekati peperiksan UPSR saya.Saya tidak tahu apa yang hendak saya buat.Saya berasa amat tekanan.Tetapi munculnya Cikgu Koh.Beliau telah menolong keluarga saya banyak perkara.Sama ada setiap pagi beliau akan datang ke rumah saya untuk menbawa kami ke sekolah.Selain itu,beliau juga telah membawa kami pergi makan bersamanya selepas pulang sekolah.Beliau juga memberi sedikit wang kepada kami untuk membeli makanan semasa lapar.Beliau telah mengorbankan masa,wang dan tenaga atas keluarga saya...Saya tidak tahu ingin bagaimana menerima kasih kepada beliau kerana bantu menyelesaikan perkara keluarga saya terlalu banyak.TERIMA KASIH sekali lagi.Tanpa mu tanpa sekarang punya saya dan keluarga saya. Beliau juga telah membawa beberapa pelajar darjah 6 kelas saya menyertai pertandingan merakam video.Setelah beberapa kali perbincangan,kami mengambil putusan untuk merakam satu video yang berkaitan dengan “CHILHOOD”.Video tersebut mengatakan bahawa terdapat sepasang isteri suami memerhati bahawa anak mereka sering bermain komputer dan tidak mendekati alam sekitar.Mereka berbincang di atas sofa dan teringat cerita semasa mereka kecil.Mereka sekumpulan pergi ke sawah padi untuk bermain,berbasikal tepi sana dan pelbagai aktiviti tetapi berbanding dengan anak mereka sekarang hanya bermain benda teknologi.Dengan itu,mereka bercadang untuk membawa anak mereka ke pelbagai tempat yang mendekati dengan alam sekitar seperti Zoo,sawah padi,pantai dan sebagainya.Atas merupakan sinopsis video yang kami rakam.Bahasa yang digunakan dalam video tersebut ialah Bahasa Inggeris. Dengan itu,kami telah melawat pelbagai tempat yang terdapat dalam video.Kami telah mempelajari banyak perkara setelah melawat beberapa tempat.Dengan usaha kami,kami telah memenangi pertandingan tersebut!Kami sekumpulan amat gembira dan terima kasih lagi kepada Cikgu Koh!! Tambah lagi,beliau juga merupalan jurulatih bola keranjang kepada lelaki dan perempuan.Sebelum ini sekolah kami jarang memenangi pertandingan tetapi setelah kedatangan beliau sekolah kami memenangi pertandingan bola keranjang.Ini disebabkan beliau melatihkan kami setiap petang.Beliau mula mengajar dengan benda yang paling senang hingga kami mahir.Semakin lamanya kami semakin cekap.Dengan ini ,sekolah kami kali pertama memenangi pertandingan bola keranjang lelaki dan perempuan. Beliau mendapati pertandingan.Beliau memujuk kami beberapa orang bersama saya untuk menyertai pertandingan menyanyi.Beliau juga rajin melatih kami setiap petang.Dengan usaha kami,saya dapatlah nombor ketiga dalam pertandingan dan kawan yang lain dapatlah sagu hati.Di sini,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau lagi. Inilah sebab-sebab kenapa beliau digemari dan dihormati oleh ramai pelajar.Beliau tidak kedekut ilmu kepada semua pelajar.Apa yang beliau tahui beliau akan mengajar kami.Beliau sentiasa menjadikan pembelajaran yang bosan menjadi pembelajaran yang amat menarik.Setiap pelajar suka belajar dengan beliau.Beliau sentiasa memberi nasihat yang baik kepada kami agar kami menjadi pelajar yang cemerlang dan tidak melakukan benda yang sesal kemudian tidak berguna.Beliau amat menyayangi setiap pelajar dan sentiasa menyelesaikan masalah mereka. TERIMA KASIH,CIKGU!Cikgu telah mengorban terlalu banyak kepada kami tetapi tidak meminta jasa.Saya berharap TUHAN sentiasa menjaga cikgu dan memastikan cikgu sihat dan gembira!Saya amat bersyukur kerana terdapat guru sebagai beliau:)Tanpa beliau tanpa saya .TERIMA KASIH...dan sekian terima kasih kepada sekalian!