Nominees

Mr MOHD FIRDAUS BIN MASKAN

From Sk tmn tun aminah

Mr MOHD FIRDAUS BIN MASKAN's photo

Nominated by AMIRAH BINTI MOHD FIRDAUS

Menjadi anak kepada seorang guru yang mendidik insan istimewa bukanlah mudah namun kelegaan dan senyuman abi dpt dilihat selepas pelajar istimewanya berjaya mencipta suatu sejarah.itu amat bermakna buat saya sebagai anak. Bagi sy abi seorang bapa yang memikul tanggungjawab besar dalam mendidik anak murid pendidikan khas sememangnya memberikan suatu perasaan yang sangat istimewa. Abi mencurahkan segala-galanya demi melihat anak murid abi berjaya menjadi INSAN walau dengan segala kekurangan mereka.terima kasih kerana telah menjadi seorang bapa yang "istimewa" kepada anak-anak istimewa ini. Kekuatan,kecekalan,kesabaran serta sifat kasih sayang abi terhadap anak-anak istimewa ini sentiasa menjadi inspirasi dan pembakar semangat.Hanya guru yang tegas dan mempunyai kasih sayang yang tinggi mampu menjadikan mereka semakin istimewa dan mampu berdiri di atas kaki sendiri demi sebuah kehidupan di masa hadapan.sejujurnya..Abi tidak pernah malu menyatakan pelajar istimewa itu sebagai anaknya. Abi membuat kami sekeluarga amat terharu dgn usaha yg sangat luar biasa untuk menjadikan pelajar istimewa sbagai insan yang sama seperti pelajar lain..