Nominees

Mrs BIBI SAKINAH BINTI HARON KHAN

From SK LAKSAMANA, KOTA TINGGI

Mrs BIBI SAKINAH BINTI HARON KHAN's photo

Nominated by KHAIRUL NISA' BINTI MHD. JURI

IKON KERJAYAKU Cikgu Hajah Bibi Sakinah bt Haji Haron Khan atau lebih senang disapa dengan Bonda amat sinonim dalam kalangan warga pendidikan Kota Tinggi, Johor. Bonda sentiasa mengembangkan ilmu baru yang bermanfaat untuk dicurahkan kepada anak didik , barisan guru dan staf seliaannya malah kepada pelbagai golongan termasuk ibu bapa serta komuniti. Bonda mempunyai pendirian yang adil, tegas dan telus berdasarkan mandat yang diterima. Bonda sentiasa bersegera mengambil tindakan dan membuat keputusan yang melibatkan kepentingan sekolah sehingga kadang kala mengenepikan kepentingan peribadi. Sesuai dengan “tag line” menginspirasi semua , setiap tutur katanya bersederhana dan mampu membuatkan semua peringkat usia terkesan, ceria dan selesa berurusan dengannya. Bonda adalah seorang ikon PIBK (Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti), ikon guru dan ikon transformasi pendidikan. Bonda juga adalah guru serta pemimpin terbilang yang sentiasa mempamer aura positif dalam setiap langkah yang diatur bagi memastikan pencapaian warga sekolah dijulang di peringkat PPD Kota Tinggi dan JPN Johor sehingga berjaya dimartabatkan ke peringkat yang tertinggi. Berbekalkan pengalaman selama 18 tahun sebagai seorang guru besar, Bonda beberapa kali diiktiraf sebagai ikon kepimpinan aktif atas kehebatannya berkongsi amalan terbaik sehingga ke peringkat kebangsaan. Bonda merupakan pencetus inspirasi dan penggalak kepada pewaris pemimpin masa hadapan seperti saya. Di mana sahaja Bonda ditugaskan , di situ juga kejayaan baru akan tercipta. Jika ditakdirkan suatu hari nanti saya menjadi pemimpin, saya akan menjadikan Bonda sebagai IKON KERJAYAKU dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan dengan lebih matang dan profesional.