Nominees

Mr AHMAD SYAFIQ FAZRIN BIN SHUKRI

From SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN BENTONG, 28600 KARAK,PAHANG

Mr AHMAD SYAFIQ FAZRIN BIN SHUKRI's photo

Nominated by MUHAMMAD NAJMI NAIM BIN MUSTAFFA

Cikgu Ahmad Syafiq Fazrin, seorang guru Bahasa Melayu yang cukup disegani dan disayangi di SM Agama Persekutuan Bentong,Pahang. Sikapnya yang periang dan mesra membuatkan beliau amat mudah didekati oleh para pelajar. Beliau ialah seorang guru Bahasa Melayu dan amat komited dalam setiap tugasannya. Makankan tidak, demi anak murid tercinta, beliau sanggup meninggalkan keluarga di Terengganu dan menghabiskan masa untuk meberi tunjuk ajar kepada kami semua.Kadangkala waktu cuti yang sepatutnya diisi dengan aktiviti bersama keluarga di rumah, tiada istilah seperti itu di dalam dirinya. Beliau menggadaikan amsa untuk membuat kelas tambahan dan mendidikan anak-anak pelajar dalam mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran. Walaupun baru berusia muda, beliau boleh dikatakan cukup matang dalam arena pendidikan. Beliau berjaya melonjakkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu ke peringkat cemerlang atas usaha sama dengan guru-guru Bahasa Melayu yang lain. Tiada sepatah kata-kata yang negatif keluar dari mulutnya melainkan hanyalah kata-kata semangat untuk memberi kekuatan untuk melihat anak muridnya berjaya. Ya, sebelum ini ramai pelajar amat lemah dalam Bahasa Melayu. Tetapi, atas usahanya itu, kebanyakan pelajar dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, beliau juga telah dinobatkan guru paling disegani di sekolah. Saya mendoakan agar Tuhan sentiasa merahmati kehidupan cikgu. Semoga cikgu terus sukses dalam kerjaya cikgu. Terima Kasih Cikgu ! Saya Sayang Cikgu !