Nominees

Mr AB KARIM BIN ABDUL RAHMAN

From SK ABANG AMIN,BINTANGOR SARAWAK

Mr AB KARIM BIN ABDUL RAHMAN's photo

Nominated by MUHAMMAD UMAR MUHARRAM BIN KHAIRULDDIN QALAM

Ab Karim Bin Abdul Rahman adalah seorang guru yang saya kagumi. Beliau adalah seoarang Guru Agama yang berdidikasi dan berpandangan jauh dalam mendidik saya dan rakan yang lain. Panggilan Ustaz Karim cukup sinonom dikalangan warga sekolah, sebut sahaja nama beliau mustahil semua murid tidak mengenalinya dari Prasekolah hinggalah ke tahun enam. Ustaz adalah seorang guru yang boleh saya anggap sebagai bapa, beliau telah memberi saya inspirasi dalam kehidupan saya. Kerana perwatakan dan penampilan beliau saya dan rakan yang lain amat meminati gaya dan cara beliau dalam mendidik dan mendekati kami semua. Beliau lah orang yang akan ada dalam pelbagai program dan majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah, beliau ringan tulang dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak sekolah. Semasa dikelas, beliau amatlah ceria tetapi serius dalam pengajarannya, sesi pengajarannya tidak dapat tidak akan diselitkan lawak jenaka yang membuatkan kami tidak merasa boring akan pembelajaran kami bersama beliau, penyampaian darinya jelas disertakan dengan contoh semasa membuat kami tidak rasa tertekan dalam kelas Bersama beliau. Ustaz juga merupakan seorang guru ICT sekolah, banyak benda yang baharu kami belajar dari beliau, bermula dari PdP di bilik Komputer sehinggalah kerja rumah pun beliau siapkan dalam talian yang sangat memudahkan kami mengikut trend terkini. Frogvle tidak asing lagi bagi kami, Ustaz selalu mengajar kami dengan memasukkan isi pembelajaran ke dalam FrogVle sekolah. Banyak Assigment dan kerja rumah diberi melalui site FrogVle yang sangat menarik minat saya, bagi saya ustaz memberikan saya inspirasi untuk berada dalam abad ke-21 dan merasa saya tidak ketinggalan dari Kemajuan ICT dalam pembelajaran yang menjadi hasrat Kementerian untuk melahirkan pelajar yang mahir dari segi ICT dan Teknologi Walaupun Ustaz mengajar subjek Agama, namum beliau tidak ketinggalan dan tidak mahu kami ketinggalan dari segi ICT, saranan dan pesanan beliau sentiasa bermain dipikiran saya supaya kita yang ingin menjadi insan yang berguna di dunia dan Akhirat hendaklah belajar dan menjalani kehidupan kita mengikut zaman kita sekarang, ketinggalan akan membuatkan kita akan dipinggirkan pada masa hadapan. Banyak yang kami pelajari dari ustaz tentang selok belok ICT dalam Pendidikan Islam, Kami tidak lagi kekok untuk bermain komputer dan menggunakannya semasa pembelajaran kami, yang amat menarik hati kami ialah ustaz sanggup berbelanja duit sendiri untuk kelengkapan ICT di sekolah kami, baru-baru ini kami dikejutkan oleh beliau ketika PdP di bilik komputer, dimana Ustaz telah mengeluarkan satu sampul plastik yang besar dari Lazada, rupa-rupanya didalam plastik itu adalah Tetikus yang dibeli oleh Ustaz. Ini adalah untuk memudahkan kami melaksanakan aktiviti ICT memandangkan dalam bilik Komputer sekolah kami kekurangan Mouse untuk Laptop. Kami sangat seronok mendapat Mouse seorang satu dari Ustaz. Terima Kasih Kepada Ustaz yang memberi kami kefahaman dan kemudahan dalam pembelajaran kami melalui ICT yang menjadi Trend pembelajaran masa kini. Dan kami yakin Ustaz akan meneruskan amalan ini kepada adik-adik kami yang lain disekolah ini, diharap Ustaz akan sentiasa sihat dan Panjang Umur dan hidup sentiasa diberkati oleh Tuhan. Terima Kasih Ustaz yang menjadi inspirasi saya. Saya sayang Ustaz. Ustaz adalah " GURU INSPIRASIKU".