Nominees

Mdm Noor Wahida Binti Melawi

From Sekolah Menengah Kebangsaan Bako

Mdm Noor Wahida Binti Melawi's photo

Nominated by Nurul Syafiqqah Binti Mohamad

Dari Simunjan Sarawak asalnya dia , Orangnya cantik ayu sekali , Disekolah kami idaman jejaka, Noor Wahida Binti Melawi nama diberi . Asalammualaikum saya ucapkan . Saya memilih beliau kerana beliau antara cikgu kegemaran saya di SMK BAKO . Beliau juga antara guru yang mempunyai sifat penyayang dengan para pelajar sekolah . Beliau juga merupakan seorang yang tidak pernah mengeluh ketika mengajar pelajar pelajar beliau. Beliau juga seorang yang pandai membahagikan masa dengan cermat . Contohnya meluangkan masa bersama pelajar dengan membuat kelas tambahan . Dalam berbelanja beliau tidak pernah berkira dengan mana mana pelajar . Beliau sangat memahami dan amat mengambil berat . Beliau antara guru yang menunjukkan semangat yang tinggi kepada para pelajar dalam belajar , sukan , ujian dan sebagainya . Saya memilih beliau kerana beliau merupakan guru yang pernah mengajar saya . Akhir kata ,saya berharap agar beliau dikurniakan kesihatan yang cukup , dipanjangkan umur dan sukses selalu . Amin Ya Rab .