Nominees

Mrs Puan Meenachy A/P Murugiah

From Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Wellesley, Lunas, Kedah

Mrs Puan Meenachy A/P Murugiah's photo

Nominated by Prasana A/P Ganeson

Semasa saya berumur 8 tahun iaitu pada tahun 2004, berlakunya satu perkara yang sangat menguriskan hati dan kesannya masih ada sehingga kini. Guru yang saya kenal merupakan seorang yang sangat berkaliber dalam melaksanakan tugasnya. Semasa saya berumur 8 tahun, suami guru saya telah melibatkan diri dalam kemalangan jalan raya iaitu pada 28 Februari 2004. Selepas suami guru saya melibatkan diri dalam kemalangan, beliau tidak melupakan atau meninggalkan tugas sebagai seorang guru dimana keesokan harinya beliau telah menghantar anak-anaknya untuk melibatkan diri dalam sukan sekolah pada 1 Mac 2004. Sebelum menghantar anak-anaknya ke sekolah, beliau telah menyediakan barang-barang keperluannya sehari sebelum dimana pada 28 Februari setelah suaminya melibatkan diri dalam kemalangan. Keesokkan harinya, suami beliau telah dihantar ke Hospital Fatimah, Ipoh dari Hospital Kulim, Kedah. Pada 6 Mac 2004, doktor telah menjalankan satu pembedahan terhadap suaminya kerana suami beliau telah mengalami kecederaan yang parah pada Spinal Cord. Guru saya sanggup berulang alik dari Ipoh ke Kedah setiap hari. Beliau tidak pernah menunjukkan kesedihannya semasa beliau mengajar. Beliau juga tidak pernah menitiskan air matanya di depan anak muridnya mahupun di hadapan anak kandungannya kerana beliau tidak mahu menjadikan mereka lemah dengan emosi beliau. Setelah menjalani pembedahan, suami beliau disahkan sebagai seorang kelainan upaya (OKU) kerana menjadi lumpuh akibat kemalangan jalan raya tersebut. Selepas kejadiannya itu, guru saya tidak pernah berputus asa, malah beliau menjadi semakin kuat sehingga mendidik anak-anak muridnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek Matematik dan juga Bahasa Tamil kerana beliau mengajar kedua-dua subjek teras tersebut. Sebagai seorang guru dan juga sebagai seorang ibu kepada 3 orang anaknya, beliau tidak pernah gagal mendidiknya. Beliau memikul tanggungjawab begitu berat dalam kehidupannya dimana beliau ditanggungjawabkan untuk menjaga suaminya. Pada setiap pagi, beliau akan mandikan suaminya, meyuapkan makanan kepada suaminya, memasak dan menyediakan makanan kepada anak-anaknya untuk makan selepas datang dari sekolah. Walaubagaimanapun, beliau tidak pernah gagal untuk hadir ke sekolah pada waktu yang ditetapkan, menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) pada setiap hari, mengambil dan menghantar anaknya ke tusyen dan sebagainya. Kini, beliau masih memikul tanggungjawab yang sama. Guru yang saya tengah menceritakan adalah, ibu saya. Kehebatan beliau, saya tidak pernah melihat pada orang lain. Walaupun seorang perempuan, beliau sanggup membuat kerja-kerja seperti mengangkat bapa saya sehingga sekarang. Beliau berjaya mendidik kami tiga iaitu kakak saya, saya dan juga adik saya. Kini, kakak saya sudah menghabiskan pelajaran dia sebagai seorang Software Engineer dan adik saya tahun ini akan menduduki peperiksaan SPM. Bukan sahaja kami tiga, beliau juga berjaya mendidik anak muridnya sehingga menjadi seorang doktor, guru dan sebagainya. Banyak iktibar saya telah mempelajari daripada ibu saya, sehingga saya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang guru. Terutamanya ikhtibar yang sangat meninggalkan kesan dalam diri saya adalah beliau tidak pernah berputus asa dan beliau sangat berani menghadapi cabaran. Sekarang, saya merupakan seorang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) yang tidak lama lagi menghabiskan pelajaran saya. Saya berharap dapat mencurahkan bakti dan keikhlasan saya dalam bidang pendidikan ini. Oleh ITU, saya mencalonkan Puan Meenachy until anugerah guru inspirasi 2019 ini.