Nominees

Mr Amirul Izzat b Ismail

From Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Rompin Pahang

Mr Amirul Izzat b Ismail's photo

Nominated by AHMAD DICKEY DANIEAL B AHMAD NADZRI

Aku asalnya seorang pelajar yang malas dan nakal. Selalu lewat datang ke kelas. Sepanjang 4 tahun di kolej, 4 kali diriku dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah. Akan tetapi seorang cikgu bernama cikgu Amirul, telah banyak membuka mataku. Membuka minda dan motivasiku untuk belajar dan mempunyai matlamat masa depan. Cikgu Amirul merupakan kaunselor di KVSAS. Sepanjang aku belajar, dialah abangku yang selalu wassup dan bertanya kabar. Seorang cikgu yang sempoi dan penyayang. Sampai aku kini sudah bekerja pun dia tetap menghubungi aku. Cikgu Amirul menyarankan aku sambung belajar. hanya dia seorang yang nampak akan kebolehan diriku. terima Kasih cikgu. hanya Tuhan sahaja mampu membalasnya.