Nominees

Mr Mohd Amin Bin Tahir

From Sk.St.Peter,Kudat

Mr Mohd Amin Bin Tahir's photo

Nominated by Mohd Amin Bin Tahir

sya dahulu ialah pelajar yang bermasalah dalam Subjek Pelajaran Matematik.Banyak guru yang mengajar saya dalam pelajaran Matematik tetapi saya tetap tidak faham sehinggalah UPSR tiba pada tahun 2018,cikgu Amin telah menjadi guru Matematik saya didalam kelas,cikgu Amin seorang yang penyabar,supporting,friendly,baik dan tidak pernah berputus asa.Saya kerap berbual dan tidak mengambil perhatian terhadap masa Subjek pelajaran Matematik,Cikgu Amin tidak pernah memarahi saya dia mulakan dengan cara yang lembut dan menasihati saya walaupun saya seorang yang degil dia tetap bersabar.Cikgu Amin membantu saya sehinggalah saya berjaya dia juga tidak pernah berputus asa,dia mengadakan kelas tambahan setiap hari sabtu dari pukul 8:00 hinggalah 10:00.Cikgu Amin sanggup mengabaikan keluarga untuk kejayaan saya.Pada satu hari,cikgu Amin telah jatuh sakit dan dihantar ke hospital,saya yang baru tahu bahawa cikgu Amin yang telah terlentang di hospital segera melawat.Saya memulakan perbualan “Terima kasih,cikgu sanggup melakukan sedemikian untuk masa depan saya” lalu cikgu Amin berkata “Sama-sama,cikgu ikhlas mengajar kamu sekelas dan ingatlah ayat ini jika kamu ingin berputus asa,kenangan dan jasa cikgu ini gunalah untuk menaikkan semangat kamu untuk capai kejayaan,cikgu hanya mampu mengajar dan mendoakan kamu” selepas itu sayapun berkata “Jasa cikgu yang besar ini tidak dapat saya balas,maafkan saya cikgu” Lalu cikgu Amin berkata “Jika tidak ingin balasan kamu cikgu hanya ingin melihat kamu menjadi orang yang berjaya di dunia dan diakhirat kelak”.Kesedihan saya membuat airmata saya jatuh berlindangan.Pada hari Sabtu yang akan datang cikgu Amin menelefon ibu saya dan sanggup mengadakan kelas tambahan meskipun cikgu Amin tengah sakit,hati saya berkata “sungguh mulia hati cikgu saya akan berjanji dengan sepenuh hati saya untuk mencapai kejayaan dan tidak pernah berputus asa”.Hari UPSRpun telah tiba saya dengan penuh ketakutan dan harapan untuk kejayaan memulakan hari saya dengan bismillah,semasa UPSR itu cikgu Amin tidak hadir kerana dia masih didalam hospital,Saya hanya mampu mendoa dan berjuang.Hari keputusan UPSR telah tiba saya datang ke sekolah dengan penuh ketakutan dan semangat untuk mengambil keputusan.Saya menunggu nama dipanggil dan beristighfar berkali kali sehinggalah nama saya dipanggil badan sayapun mula bergetar setelah tahu keputusan saya “Alhamdulilah!” saya menangis kerana terharu akan kejayaan yang telah saya kejarkan lantas saya menelefon cikgu Amin dan memberitahu berita tersebut cikgu Amin tersenyum dan terharu dengan kejayaan saya.Saya ingin membalas jasa guru saya dengan cara ini saya berharap guru saya akan menang.Sekian,Terima Kasih.