Mdm Cikgu Noraini
From SMK PETRA JAYA
Nominated by Veronica Charen Anak Tarang
Saya veronica,saya ingin mencalonkan cikgu Noraini kerana beliau seorang yang tegas apabila mengajar.Beliau ialah guru subjek Bahasa Melayu dan juga guru kelas saya pada tahun ini.Dia juga telah mengajar saya selama 2 tahun sejak tahun lepas.Saya amat memahami apa yang diajar oleh beliau.Dulu saya tidak pandai membuat karangan tapi sejak beliau mengajar saya,kini saya pandai dan memahami teknik membuat karangan.Beliau tidaklah setegas manapun,tapi dia hanya tegas apabila menyuruh kami semua untuk belajar.Maklumlah kami pelajar tingkatan 3,PT3 akan datang.Beliau membuat tindakan sebegitu hanya ingin melihat anak didiknya dapat keputusan yang bagus dan mempunyai masa depan yang cerah.Saya amat menyayangi guru ini.Jika boleh,saya ingin guru ini sahaja mengajar subjek Bahasa Melayu hingga ke tingkatan 5.Terima Kasih.