Nominees

Mdm Hajah S Ruhana bt Mohd Nor

From Smk Kuala Kurau

Mdm Hajah S Ruhana bt Mohd Nor's photo

Nominated by Rabiatul Adawiyah Binti Mohd Aldail

Puan Hajah S. Ruhana merupakan pengetua SMK KUALA KURAU. Atau gelaran famous beliau ‘ Mummy S’ Mengapa saya jadikan beliau guru inspiradi saya ? Beliau merupakan seorang pemimpin, guru dan juga ibu bagi saya. Pengorbanan beliau dalam mencipta nama Smkkk ke peringkat kebangsaan amat membuatkan saya terharu. Beliau mempunyai semangat azam yang tinggi dalam ingin berjaya mencapai sesuatu. Alhamdullilah berkat semangat dan usaha dapat membuahkan hasil. Semangat yang beliau bawa turut saya rasai. Saya percaya pada kata-kata beliau untuk tanamkan sifat ingin berjaya dalam diri dan sekarang saya berjaya peroleh kejayaan tersebut. Selain itu, beliau juga tegas orangnya. Dalam bertegas ada terselit secebis perasaan yang mencuit hati. Cukup untuk menarik perhatian pelajarnya. Saya cukup tertarik dengan perwatakan beliau yang begitu bersahaja seolah-olah saya sedang melayan kerenah emak saya sendiri. Cukup menghiburkan hati. Bagaimana saya boleh tidak berkata menyayangi beliau andai beliau tau perkara yang terbaik untuk pelajarnya ini.