Nominees

Mdm Sufiah binti Md Mustafa

From Sk.Permatang Buloh

Mdm Sufiah binti Md Mustafa's photo

Nominated by Nur Liyana Yasmin binti Ayub

Sebelum saya bermula,terima kasih kepada McDonald's kerana mengadakan pertandingan ini.Pertandingan ini telah memberi peluang kepada saya untuk meluahkan perasaan saya terhadap guru inspirasi saya.Izinkan saya memulakan kisah beliau.Guru bukan sahaja membentuk minda anak - anak bangsa dengan mencurahkan didikan ilmu.Guru akan melakukan apa sahaja tanpa mengerti penat lelah demi masa depan anak - anak didiknya. Saya mengenali beliau sejak beliau ditukarkan ke sekolah saya pada tahun 2016.Saya tidaklah begitu rapat dengannya,oleh kerana sikapnya yang peramah,baik hati,sangat mesra dan juga sangat mengambil berat tentang kebajikan anak-anak didiknya membuatkan saya berasa beliau adalah sangat berhak untuk menerima anugerah ini sebagai hadiah hari guru nanti. Beliau sangat bersungguh-sungguh untuk menaikkan kedudukan sekolah dalam VLE frog.Beliau sanggup pulang lewat bersama rakan guru dan murid tahun 6 yang lain demi kemajuan sekolah.Jawatannya di sekolah ialah sebagai Guru Besar.Boleh bayangkan bagaimana suasananya jika ada guru sebegini. Beliau juga menyokong apa jua pertandingan yang sekolah sertai.Paling tidak boleh dilupakan,sewaktu pertandingan qasidah dan Choral Speaking di peringkat antarabangsa beliau juga turut mengikuti kami ke sana dan beliau juga memberikan sokongan hangat dan akhirnya sekolah kami berjaya mendapat "Gold Medallist".Beliau sangat risau apabila disiplin pelajarnya merosot dan mengambil serius tentang hal ini.Beliau akan tegur dengan tegas supaya murid-murid yang lain tidak mencontohi sikap yang tidak sewajarnya.Jika kami mendapat keputusan yang kurang memuaskan,beliau akan merancang dengan rakan rakan guru yang lain untuk mengadakan kelas tambahan pada sesi pagi atau petang diwaktu cuti untuk meningkatkan lagi prestasi kami.Terutama sekali untuk tahun 6 kerana hanya tinggal beberapa bulan lagi kami akan menduduki peperiksaan UPSR. Beliau merupakan seorang guru yang penyayang dan bertanggungjawab.Selama beliau berkhidmat disini,begitu banyak jasanya yang saya amat hargai sebelum saya menjejakkan kaki ke sekolah menengah nanti.Saya amat menghargai segala pengorbanannya kerana tanpa beliau,siapalah saya di sekolah ini.Beliau telah pun mendidik saya dengan baik dan penuh kasih sayang sehinggalah menjadi seorang insan yang berguna. Saya berhasrat ingin mengikut jejak langkah beliau kelak. Saya berharap beliau dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalankan tanggungjawab beliau sebagai salah seorang warga pendidik. Saya mendoakan agar beliau dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki oleh-Nya. Disini saya ingin menyampaikan betapa sayangnya saya terhadap cikgu sufiah melalui sajak dibawah... Khas untuk cikgu sufiah , Guru bagaikan pelitaku... Engkau telah membimbingku... Engkau sentiasa mendidikku... Engkau pelita kehidupanku... Yang memberikan cahaya saat gelapku... Air ketika aku kehausan... Dan cinta kala hati ini sedang gundah gulana... Jasamu bak lautan yang luas dan dalam... Maka,lidahku sentiasa berkata, Terima kasih wahai GURUKU... "GURUKU,PELITAKU"