Nominees

Mrs NOORA'INI BINTI DIN

From SMK AGAMA YAN

Mrs NOORA'INI BINTI DIN's photo

Nominated by MUHAMMAD NORAZNIL BIN AZMI

Bissmillah, pertama sekali syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah izin dan kurniaNya saya dapat berada disini. Cikgu nooraini merupakan seorang guru yang amat saya sanjungi. Beliau merupakan seorang guru biologi sewaktu saya di tingkatan 5. Kita semua sedia maklum, bahawa biologi bukanlah satu mata pelajaran yang mudah, nah tidak hairanlah jika ada diantara anak muridnya yang gagal. Namun, beliau tabahkan dan cekalkan hati jua dalam mendidik anak murid. Beliau sanggup meninggalkan keluarga di rumah, meninggal suaminya di rumah demi tanggungjawab yang satu ini. Datang ke sekolah pada sebelah siang dan hadirnya juga ke sekolah pada sebelah malam demi anak didiknya. Beliau amat bertungkus lumus demi memastikan anak muridnya walaupun tidak berjaya memperoleh A namun berjaya mendapatkan kepujian dalam mata pelajaran biologi. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh beliau, kami anak-anak didiknya telah berusaha sehabis daya usaha kami dan akhirnya, kami anak-anak muridnya telah berjaya. Terima kasih cikgu