Nominees

Ms PAN YII YNG

From SJK(C) CHI WEN

Ms PAN YII YNG's photo

Nominated by MOHAMMAD HAFEZ BIN HARUN

Kisah seorang Guru Penolong Kanan Pentadbiran ini perlu dicontohi oleh semua pentadbir yang bergelar guru di Malaysia. Bermula 2018, Cikgu Pan telah melaksanakan dan menjalankan tugas Guru Besar. (Guru Besar sedia ada bercuti sambung belajar sepenuh masa). Semenjak itu, dia melaksanakan dua tugas dengan baik dan cemerlang. Tidak pernah sekalipon kami melihat dirinya dalam keadaan tertekan, beliau melakukan tugas yang diamanahkan dengan penuh senyuman dan harapan. Semua guru merasa gembira dengan peranan yang telah dimainkan oleh Cikgu Pan. setiap tugas yang diberikan kepada guru sentiasa diterima baik. Selain itu, Cikgu Pan juga mengajar subjek matematik bagi kelas peperiksaan UPSR. Ini sesuatu yang sangat mencabar. Tetapi, kami di kalangan guru sama sekali tidak pernah mendengar sebarang alasan dari mulutnya mengenai tugasan amanah yang dipikulnya. Cikgu Pan adalah umpama "lilin yang menyinari muridnya". Jadi, saya dengan ini mencalonkan Cikgu Pan Yii Yng untuk menerima anugerah GURU INSPIRASI MACDONAL`S.