Nominees

Mr Sathisvaran a/l Krishanan

From Sekolah Kebangsaan Keratong 6

Mr Sathisvaran a/l Krishanan's photo

Nominated by Nur Alya Syafrina binti Syahar Safjan

TERIMA KASIH CIKGU Sekalung penghargaan saya berikan kepada guru saya, Sir Sathisvaran kerana telah mendidik saya dengan baik selama saya menjadi anak muridmu. Kelainan bangsa dan agama tidak membawa apa-apa makna. Pada mulanya, saya agak takut dengan kerana berbeza bangsa, tetapi pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ' tak kenal maka tak cinta '. Kini saya sudah beberapa tahun menjadi bekas pelajarnya tetapi, dia tetap menjadi sumber inspirasi saya kerana dari sudut pandangan saya, dia mendidik dengan penuh sabar , tidak pernah kenal erti penat lelah mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam pembelajarannya. Terima kasih sir, kerana sebelum ini, saya amat tidak menyukai akan mata pelajaran Bahasa Inggeris, tetapi atas usaha sir, mata pelajaran inggeris adalah mata pelajaran kesukaan saya sehingga saya melangkah kaki ke sekolah menengah ini.