Mdm Siti Nor Ermylia binti Mohammad
From SMK Lubok China

Nominated by Fatin Athirah binti Ghazali
Cikgu Ermylia merupakan guru fizik saya , pelbagai usaha beliau lakukan agar kami mendapat keputusan cemerlang untuk SPM2018 . Beliau mengadakan kelas tambahan setiap hari khamis, jumaat dan ahad. Tanpa penat lelah atau sebarang alasan. Sedangkan dia mempunyai 2 orang anak ekzima yang perlu diberikan perhatian lebih. Beliau akan membawa makanan setiap kali kelas tambahan. Beliau tidak pernah marah atau menghina pelajar yang tidak memahami apa yang diajar. Malah, beliau akan mengajar pelajar tersebut sehingga pelajar itu memahaminya . Cikgu Ermylia telah membuat modul soalan kertas 2 Fizik untuk kami sekelas tanpa sebarang bayaran. Setiap pelajar mendapat 10 modul yang merupakan 10 bab yang kami pelajari dalam subjek fizik yang termasuk dengan tingkatan 4 & 5.Beliau juga aktif dalam membantu pasukan robotik sekolah walaupun beliau bukan lagi guru penasihat kelab tersebut. Dengan usahanya, pelajar sains tulen SPM2018 SMK Lubok China berjaya memecahkan rekod sepanjang tempoh pengarannya. Seramai 3 orang pelajar mendapat A dalam subjek Fizik dan semua pelajar berjaya lulus subjek fizik. Sekolah kami sekolah luar bandar dan bukanlah sekolah berprestasi tinggi. Untuk mencapai tahap ini memang sukar. Tapi kami berjaya memberikan pulangan berharga untuk Cikgu Ermylia atas segala pengorbanannya .