Nominees

Mrs NOR AZAH BINTI ABDULLAH

From MRSM JELI

Mrs NOR AZAH BINTI ABDULLAH's photo

Nominated by NUR HIDAYAH BINTI MOHAMAD AFFENDY

Saya mencalonkan cikgu Azah kerana keperibadian unggul yang dimilikinya. Beliau ibarat seorang ibu buat kami pelajar yang tinggal diasrama. Beliau menyayangi dan mengambil berat terhadap semua pelajarnya walaupun beliau tidak pernah mengajar pelajar tersebut. Katanya, beliau menyayangi semua anak muridnya dengan harapan semua cikgu yang lain akan turut sama menyayangi anak-anaknya juga. Beliau sentiasa prihatin akan anak didiknya dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka. Beliau adalah salah satu guru yang mengingati nama semua murid walaupun beliau tidak pernah mengajar murid tersebut. Pernah ada suatu ketika anak muridnya sakit dan tidak menghadiri kelas tambahan, beliau dengan mulianya membawa murid tersebut ke klinik walaupun beliau hanyalah guru biasa dan bukannya seorang warden. Setiap murid akan berasa senang apabila berada dekat dengannya kerana sikapnya yang peramah dan mudah akrab dengan orang sekeliling. I am so grateful and blessed to have such a great teacher like her. ?