Nominees

Mrs Syahirah binti rosli

From SMK Lubok China

Mrs Syahirah binti rosli's photo

Nominated by Mohd edyazuan bin azni

Saya amat kagum dengan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Cikgu Syahirah. Beliau tidak berkira dalam segala tugas di sekolah. Seharian aktiviti yang dilakukan berkisar dengan sekolah. Beliau bangun awal pagi bersedia bahan-bahan mengajar. Dihujung minggu ketika orang lain berehat, beliau tidak kosah melakukan kelas tambahan tanpa apa-apa bayaran. Anak-anak murid amat senang bergaul dan berkongsi kisah hidup dan masalah yang mereka hadapi. Beliau selalu mengambil inisiatif menghantar murid-murid melakukan aktiviti doluar sekolah. Ketika beliau bertugas sebagai guru kelab silat, beliau telah dilantik menjadi juri pertandingan silat sehingga ke peringkat kebangsaan, hingga sekarang. Beliau juga juri untuk pertandingan perbahasan, nasyid dan sukan sekolah. Sekarang telah masuk tahun ke lima beliau dilantik sebagai ketua panitia. Beliau amat disenangi oleh rakan-rakan dan pentadbir dan menjadi tempat rujukan jika ada masalah berkaitan pelajar dan guru disekolah disekolah. Beliau juga telah bertugas sebagai pemeriksa STPM untuk tahun ketiga tahun ini.