Ms NURIN ALYANI BINTI BIZAINI
From MRSM KUALA KLAWANG
![Ms NURIN ALYANI BINTI BIZAINI's photo](https://www.mcdonalds.com.my/storage/agi/f92c0727415c0a644c8becd64c98bc02.jpg)
Nominated by NURUL SYAFINA BINTI ZAIDI
Cikgu Nurin merupakan guru yang sangat baik yang pernah saya kenali. Hal in kerana , beliau sering membantu saya untuk memperbaiki kelemahan saya dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Saya sering mempunyai masalah tentang tatabahasa dan peribahasa, tetapi beliau tidak pernah sesekali menperkecilkan saya. Malahan beliau lebih banyak membantu saya bagi menjadikan tatabahasa saya menjadi lebih baik. Beliau juga sering memberikan nasihat agar kami menjadi orang yang berguna. Beliau pernah juga mengadakan kelas masakan bersama kami . Aktiviti ini amat menyeronokkan. Tidak ramai guru yang sanggup meluangkan masa mereka untuk bersama dengan pelajar. Aktiviti ini dijalankan bagi merapatkan silaturahim antara para pelajar dan Cikgu Nurin. Beliau sering bercerita tentang dirinya saat di universiti dan menyuruh kami untuk belajar bersungguh-sungguh agar berjaya di kemudian hari.