Nominees

Ms Lee Kie Wei

From SMK Convent Muar

Ms Lee Kie Wei's photo

Nominated by Lim Ming Feng

Pada tahun 2012 saya telah mengenali cikgu ini dan beliau sebagai seorang guru disiplin dan guru pengawas. Dalam hati pelajar guru disiplin mesti garang? atau ganas? Tidak semestinya, cikgu ini adalah seorang yang sporting, sentiasa menjadi kawan baik seperti rakan intiman dengan pelajar dan menyumbangkan banyak masa untuk mengajar dan memotivasi pelajar dalam pelajaran serta hidupan mereka. Beliau adalah seorang cikgu berbangsa cina dan option mengajar bahasa melayu. Beliau juga sebagai juru latih kepada rumah pasukan dalam sekolah kita. Ini adalah cerita bagaimana seorang cikgu memlatih seorang pelajar menjadi cemerlang. Pada 2013 saya seorang pelajar yang buta huruf, serta tidak mengetahui baca suku kata dan menulis pada masa sekolah menengah. Pada masa itu saya belajar di sesi petang dan balik pukul 7 malam. Beliau juga guru sesi petang, tapi beliau telah meluangkan masa untuk bagi tuisyen kepada saya. Beliau akan ambil saya pada sekolah pada pukul 7malam, lepas itu dia akan bawa saya pergi ke makan makan malam. Lepas makan dia akan bawa saya pergi ke rumah dia dan mengajar saya dari suku kata seperti darjah 1. Walaupun dia sangat letik dan perlu menjaga 2 orang anak selepas habis kerja sekolah dia juga menluangkan masa untuk saya. Lepas mengajar saya hingga pukul 10 malam, dia akan hantar saya balik ke rumah baru dia balik ke rumah sendiri. Perjalanan rumah beliau ke rumah saya selama 15 minit, dia perlu balik ke rumah dia selama 15 minit dan seorang diri bawa kereta. Beliau telah mengajar saya seperti itu selama 2 tahun( sikit-sikit lama-lama menjadi bukit) pada zaman sekolah menengah saya. Beliau juga menbantu saya serta saya berjaya dilantih sebagai seorang Ketua Pengawas di sekolah saya. Beliau tidak menkira wang ringgit, masa yang guna pada saya, ataupun minyak kereta kepada saya. Beliau cuma kata ayat ini kepada saya, “ kalau kamu ingin berjaya tiada sesuatu boleh menghalang kamu, tetapi jika kamu tidak mahu bercuba semua alasan akan menjadi penghalang kamu”. Ayat ini saya ingin sehingga sekarang, walaupun saya seorang buta huruf tetapi saya sekarang telah berjaya menjadi seorang pelajar universiti dan mempunyai perluang untuk sambung pelajaran. Kejayaan saya sekarang adalah beliau menbantu saya, jika tiada beliau mungkin hari ini saya tidak ada dapat perluang menlanjutkan pelajaran saya, saya mungkin adalah seorang buta huruf lagi. Sumbangan dan semangat dia adalah seorang guru yang cemerlang. Saya meninpirasi guru ini kerana anugerah ini memang layak untuk dia !