Ms Haslinda binti Abu Bakar
From SMK (LKTP) Kampung Sertik
![Ms Haslinda binti Abu Bakar's photo](https://www.mcdonalds.com.my/storage/agi/a9d7f89e9e41a5b2836f81037e408e77.jpg)
Nominated by Norhaziana binti Salehuddin
Penerima Anugerah Guru Paling Popular hampir setiap kali sambutan Hari Guru ini bukan calang-calang orangnya. Bukan sahaja menjadi kesayangan pelajar tetapi beliau menjadi inspirasi dan menjadi tempat rakan-rakan guru bertanya pendapat. Sikapnya yang periang, kelakar, prihatin, ringan tulang dan sangat penyayang menjadikan Cikgu Haslinda disenangi oleh semua warga sekolah. Beliau yang sebelum ini mengajar Kemahiran Hidup sememangnya mempunyai pelbagai kemahiran. Bukan sahaja bijak mengajar, beliau juga adalah chef daerah, boleh membuat projek pertanian, hebat dalam sukan, mahir, berniaga, boleh bernasyid dan pandai melukis serta membuat kraf. Jadi tidak hairanlah beliau guru serba boleh yang menjadi tempat rujukan rakan guru yang memanggil beliau BONDA. Kehadiran beliau umpama satu rahmat kepada sekolah. Oleh kerana kemuliaan hatinya, kesungguhan beliau mengajar dan kasih sayang yang melimpah ruah dari hati seorang guru bernama Haslinda binti Abu Bakar ini, Anugerah Guru Inspirasi ini selayaknya dianugerahkan kepada beliau.... Terima kasih Mc Donald's.