Mr Yip Bao Shin
From SMK St. Anthony, Sarikei

Nominated by Audrey Loh Ee Lin
Seorang guru disiplin, guru penasihat Bulan Sabit Merah dan guru subjek Sains saya yang sanggup membantu saya seorang pendiam dan banyak diabaikan oleh guru lain yang berputus asa dengan saya. Walaupun dia hanya mengajar saya matapelajaran Sains dalam bidang akademik, tetapi usaha murninya melayan dan mencari punca kenapa saya bersikap demikian memang saya terharu. Jarang ada guru yang sanggup duduk diatas lantai atau kerusi pelajar semata-mata berbual dan mengetahui masalah saya. Walaupun pada akhirnya, saya tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh cikgu tetapi kata-kata motivasi dan dorongan beliau membuatkan saya rasa bersalah dan akan berusaha pada ujian yang akan datang. Sering kali kelas kami memanggil beliau “Coach” dan bukannya cikgu kerana beliau bukan sekadar cikgu Sains tetapi membimbing saya dalam pelbagai aspek dalam hidup saya. Tanpa beliau, saya masih seorang diri dan diabaikan oleh masyarakat. Dalam penglibatan kokurikulum, pelbagai manis masam saya dan barisan AJK lalui bersama dengan beliau. Beliau sentiasa bersama-sama dengan pelajar turun ke padang bekerja dan menguruskan aktiviti. Setiap kali saya dan barisan AJK menghadapi masalah dan meminta bantuan dari beliau, yang pertama gambaran dari muka cikgu ialah memberi senyuman manis dan mengajar kami cara penyelesaian. Tidak pernah saya rasa bimbang dan benda yang tidak dapat dilakukan dengan kehadiran beliau dalam segala aktiviti. Saya hidup dibandar dan tidak pernah didedahkan dengan peralatan dapur yang menggunakan kayu dan mancis untuk menyalakan api dan pelita. Beliau mengajar saya dan buat bersama-sama dengan saya walaupun pada dirinya begitu sibuk dengan urusan lain. Masa yang diluangkan dan menyebabkan beliau baju dan tangan kotor tidak pernah saya dengan rungutan dari beliau, malah dengan penuh kesabaran saya diajar cara menggunakan peralatan dapur. Saya sentiasa ingat kata-kata beliau dimana beliau inginkan kualiti dan bukannya kuantiti kerana beliau nak setiap aktiviti memanfaatkan setiap pelajar yang menyertai. Nilai hidup dan moral serta ilmu yang dicurahkan oleh beliau tidak dapat saya balas seumur hidup. Beliau adalah guru inspirasi saya dan telah mengubah hidup saya sehingga saya seorang yang berani dan berupaya bersosial dengan pelbagai lapisan masyarakat. Beliau ialah En. Yip Bao Shin. Terima kasih Cikgu.