Mr Encik Mohd Fauzi bin Selo
From Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru

Nominated by Nurshafiqah Binti Hamidon
Kerana beliau seorang guru, ayah, dan ibu. Itulah Cikgu Fauzi atau lebih mesra dipanggil Ayahanda Fauzi, merupakan seorang guru atau jurulatih kesenian seni tari di Sekolah Seni Johor sehingga kini. Namanya tidak pernah lekang dibibir saya yang bangga kerana menjadi salah seorang anak muridnya enam tahun dahulu. Bersekolah di asrama dan berjauhan dari keluarga merupakan saat yang sukar untuk seorang remaja menyesuaikan diri dan persekitaran hidup tanpa keluarga di sisi. Sedih kerana rindukan keluarga atau 'homesick' pernah menjadi fenonema dalam kalangan pelajar asrama. Namun, ayahanda tetap sentiasa ada bersama kami terus memberi semangat, mendidik dan menjaga kami dari pagi sehingga malam tanpa jemu. Beliau juga berjaya mewujudkan "keluarga kecil" ini dan sering mengadakan sambutan ulang tahun bersama kami (generasi ketiga bidang seni tari) serta memberikan hadiah hari jadi kerana beliaulah guru, ayah dan ibu kami. Sedikit pun kami tidak pernah mendengar keluhan daripada ayahanda. Kerana usaha beliau, kami berpeluang menjelajah dunia. Kami berpeluang untuk mewakili Malaysia dan mendapat johan dalam International Folklore Festival, Bulgaria pada tahun 2012. Kenangan manis itu tidak dapat kami lupakan. Terima kasih, ayahanda. Kini, anakmu ini selangkah ingin menjadi guru seperti ayahanda. Ya, kerana ayahanda merupakan guru inspirasi saya. Saya ingin menjadi seperti ayahanda. Mendidik anak-anak generasi kini mengenal warisan budaya kerana kami adalah "pewaris budaya bangsa". Kerana ayahanda, saya bangga menjadi bakal guru, kerana ayahanda, saya dapat mengenal erti kekeluargaan, dan kerana ayahandalah , guru, ayah dan ibu kami.