Nominees

Mrs Wan Sabariah binti Wan Mamat

From SMKA Sheikh Abdul Malek

Mrs Wan Sabariah binti Wan Mamat's photo

Nominated by IBNI UMAR ABDUL AZIZ BIN ISWADY FAZLY

Saban tahun menjelang musim peperiksaan dialah guru yang paling lewat pulang ke rumah . Masakan tidak , dia suka menghabiskan waktunya di bilik guru walaupun jam sudah menunjukkan waktu untuk bersama dengan keluarga di rumah . Waktunya sering dihabiskan dengan membuat dan merangka latihan untuk diberi kepada pelajar . Ada juga sesetengah guru yang mencemuh beliau . " Haish . Buat apa lagi tu . Pergi laa balik . Kesian pulak tengok" Beliau hanya membalasnya dengan senyuman ringkas . Sebenarnya , dia lebih suka berada di sini . Berada di sekolah . Berada di samping pelajarnya . Kadang-kadang pukul 9.00 Malam keretanya masih terparkir di halaman sekolah . Memegang jawatan sebagai warden asrama di sekolah diibaratkan menjadi ibu kepada warga pelajar . Ya . Ibu kepada Pelajar asrama yang mendamba kasih seorang ibu . Setiap pagi ketika perhimpunan , pasti sosok tubuh ini sudah terpacak di dataran perhimpunan . Memanggil pelajar-pelajar yang masih lagi degil tidak turun . "Cepat ! Asal lambat sangat ni . Kalau macam ini disiplin pelajar , macam mana nak berjaya ! " Ya . Pelajar memang gerun akan dia . Mana taknya , dengan lirikan mata ditambah dengan suaranya yang nyaring menyebabkan pelajarnya tidak berani bertentang mata dengannya . Guru ini bukanlah berjawatan besar . Apatah lagi menyandang jawatan penting di sekolah . Tetapi , semua guru dan pelajar kenal akan dia . Sebut sahaja nama dia pasti terbayang 'garang'nya ibarat seperti singa . Guru ini mengajar subjek Pendidikan Syariah Islamiah . Saya merupakan pelajarnya . 5 Al Khawarizmi . Bila tiba masa guru ini , pasti pelajar kelasnya akan diam dan membuka helaian demi helaian buku teks . Almaklumlah . Pelajar gerun kan dia . Masuk sahaja guru ini dalam kelas , memang wajib dia melirik matanya ke arah aku . "Ada harinim ..." Hurmm . Aku bukanlah pelajar yang pintar . Aku akui . Memang aku lemah dalam bidang akademik . Memang tidak hairanlah guru ini akan cakna pada pelajar pelajar yang kurang bernasib baik . Setiap kali kelasnya , pasti akan dibekalkan kertas nota . Tapi , nota yang diberinya bukanlah nota yang nipis , mesti nota yang dibekalkan setebal kamus . Aku dimaklumkan yang pihak sekolah memang tiada peruntukan untuk kertas a4 tahun lepas . Aku syak , memang duit dialah yang digunakan untuk kesemua nota ini . Bayangkan bagaimana banyaknya duit yang perlu dikeluarkan olehnya untuk satu kelas . satu kelas anggaran ada 33 orang pelajar . Jangan terkejut , dia memegang hampir 5 kelas untuk tingkatan 5 . Permulaan tahun memang aku gagal dalam pelajaran ini . Masuk ujian bulanan lain , aku turut gagal . Masuk ujian pertengahan aku juga gagal dalam subjek ini . Hampir percubaan SPM aku turut gagal . Bukan hendak disalahkan guru ini kerana menggagalkan aku , tetapi kerana kemalasan aku sendiri . Tetapi , walaupun aku gagal , aku sering dicakna olehnya . Memang namaku sering disebutnya dalam kelas kerana ingin aku fokus . "Ibni . Mung tau doh kan dok cerdik mana .. Belajo sungguh macam orang lain . " Dalam kelas , memang 5minit waktu terakhir sebelum PnP tamat , dia akan bagi sedikit nasihat kepada kami semua . Tapi semua nasihat dia 'pedas' dan 'sentap' . Aku ada dengar yang sekolah banyak terima sumbangan darinya . Kebiasaanya dia ada sumbang tanaman, ada juga bingkai gambar . Ada lagi cuma tidak diketahui oleh aku . Yang paling aku salute akan dia ialah memang tahajud dan dhuha tak tinggal . Seminggu sebelum SPM , memang dia buat kelas berpanjangan . Walaupun dia tidak mengajar kelas berkenaan , tetapi dia wajibkan semua tingkatan 5 (hampir 200 orang ) masuk dalam kelasnya . Seperti biasa . Akan dibekalkan nota setebal kamus kepada semua pelajar ! Dan akhirnya usaha penat lelah aku semuanya tertunai . Aku mendapat A dalam subjek ini . Aku bersyukur . Aku benar benar berterima kasih . Tetapi , persoalan ini sering menghantui aku . Sebenarnya , apa faedah dia buat semua ini ? Apa yang dia dapat selepas daripada semua penat lelah ini ? Siang malam tidak henti henti memikirkan pelajar . Pagi dengan pelajar sekolah . Malam dengan pelajar Asrama . Apa manfaat dia bakal diperolehi ? Kalaupun pelajarnya straight A+ sekalipun , bukanlah namanya disorak . Bukanlah namanya dilaungkan . Bukanlah namanya disebut sebutkan . Apa yang dia nak sebenarnya ? Setiap tahun pasti tingkatan 5 silih berganti . Tetapi kenapa dia bersungguh-sungguh seolah-olah inilah tahun terakhirnya mengajarnya ? Apa tidak bazirkah duitnya membeli kertas ?kertas yang hari ini dibuang bergitu sahaja oleh pelajar SPM ? Kenapa dia buat semua ini ? Kenapa dia lakukan perkara ini ? Apa ganjaran yang diperoleh kepadanya satu hari nanti ? Sebenarnya .... "Memang harini kita tidak nampak hasilnya , mungkin bukan esok ataupun lusa . Tetapi kita boleh lihat hasilnya di 'alam' sana ." Ya . Inilah guru kami . Inilah ibu kami . Inilah jantung hati kami . Dialah inspirasi kami . Terima kasih cikgu .