Nominees

Mdm SHAKIRA IRFAH BINTI ABDULLAH

From SMK BANDAR BARU UDA,JOHOR BAHRU

Mdm SHAKIRA IRFAH BINTI ABDULLAH's photo

Nominated by SYED MOHD LUQMAN HAKIN BIN SYED ALI

Saya begitu teruja apabila melihat poster iklan Mc Donald mengenai pencalonan Anugerah Guru inspirasi 2019.Bagi saya,itulah platform untuk meluahkan serta memberi penghargaan kepada guru saya Pn. Shakira.Beliau seorang guru sejarah, kehadirannya sering dinanti-nantikan oleh kami.Hilang rasa mengantuk dan seronok yang amat ketika mengikuti pengajaran beliau.Sebelum ini,subjek Sejarah bukanlah kegemaran saya namun gaya percakapan,kepetahan serta 'style' cikgu yang seorang ini membuatkan proses pembelajaran sangat menarik.Cikgu Shakira seorang yang ceria,suka bergurau dan rapat dengan pelajar membuatkan saya senang untuk berguru dengannya.Itu belum lagi bila Cikgu Shakira buka mulut untuk menyanyi dan memang itulah saat yang dinanti-nantikan oleh warga sekolah sewaktu sambutan Hari Guru.Sekolah kami yang suatu masa dulu adalah sekolah yang biasa-biasa sahaja dari segi fizikal dan keceriaan,namun kedatangan Cikgu Shakira telah merubah segala.Kini,sekolah saya dipenuhi taman pokok bunga berwarna-warni dan landskap yang tersusun sehingga sekolah berjaya dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Landskap Daerah Johor Bahru.Sentuhan'tangan ajaib' Cikgu Shakira berjaya mentransformasi Studio Seni,Studio Muzik dan kawasan persekitaran sekolah yang semakin cantik,ceria dan mempesonakan.Keadaan sekolah yang bersih dan ceria membuatkan saya rasa bangga dengan sekolah dan seronok untuk hadir ke sekolah yang diibarat sebagai rumah nombor dua ini.Saya terfikir,bila masanya Cikgu Shakira menyiapkan kerja-kerja keceriaan sekolah?Tambahan pula dengan tugas-tugas beliau sebagai pentadbir dan guru yang mengajar di kelas.Bila ditanya kepada beliau jawapannya adalah nombor satu minat serta nombor dua di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Banyak yang saya pelajari dari beliau.Untuk melakukan sesuatu perlu kesungguhan yang tinggi.Kesungguhan Cikgu Shakira dalam mendidik dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah mencetuskan inspirasi kepada saya untuk berjaya dalam semua bidang yang di ceburi.Maka dengan itu,tidak syak lagi,saya dengan penuh yakin,mencalonkan Cikgu Shakira untuk merangkul Anugerah Guru Inspirasi Mc Donald.