Nominees

Mr Muhamad Hasif Bin Muhamad Elias

From Gemilabg Smart and Power Learning Centre

Mr Muhamad Hasif Bin Muhamad Elias's photo

Nominated by Dharshini A/P Magandran

Nama cikgu saya ialah cikgu hasif. Beliau merupakan guru di sebuah pusat tuition. Setiap kali kami belajar di kelas beliau mesti beliau menceritakan kisah kisah beliau semasa kecil dan kisah tersebut telah menginspirasikan kami. Antara kisahnya ialah, semasa beliau habis belajar , beliau ingin membeli kereta. Pada waktu itu beliau telah berfikir bagaimnaa beliau ingin mengecapi impiannya. Jadi beliau mula berkerja sebagai staff di satu pusat tuition area gombak. Beliau berkerja keras siang dan malam. Pada masa tersebut beliau hanya mengunakkan basikal dan beliau mengimaginasikan bahawa basikal itu adalah kereta idamannya. Beliau meletakkan tabletnya dia atas handle basikal dan di atas tab tersebut beliau memaparkan logo kereta idamannya dan stering kereta. Setiap malam sebelum tido beliau akan melihat lakaran kereta yang dilukis oleh beliau untuk menambah semangat beliau untuk membeli kereta idamannya. Beliau siap melable warna kereta dan jenis kereta yang beliau inginkan . Pada suatu hari apabila beliau berjaya mengumpul duit dari hasil titik peluhnya, alhamdulillah beliau dapat beli kereta yang beliau idamkan sejak dulu lagi. Pengajaran yang saya dapat ialah walaupun anda idamkan perkara yang kecil , anda perlu bersemangat untuk mengecapi idaman anda tak kira dari segi mana pon dan kita perlu mencatat atau melakar perkara yang kita idamkan supaya kita dapat menambah lebih semangat untuk mengejar perkara yang kita idamkan. Sebenarnya banyak lagi perkara yang beliau telah menginsipirasikan saya dalam kehidupan tetapi ini adalah kisah yang paling menginspirasikan saya. Sekian terima kasih.