Nominees

Mdm KONG SIENG CHUO

From KOLEJ VOKASIONAL SIBU

Mdm KONG SIENG CHUO's photo

Nominated by SITI AISHAH BINTI SUKOR

Seronok. Saya harap cikgu ajar dengan lebih seronok. Walaupun kadang-kala cikgu marah kami kerana tidak membuat kerja rumah, tetapi saya masih sayang akan cikgu kerana cikgu seorang yang menepati masa, bertanggungjawab, penyayang dan cukup bersabar dengan perangai kami. Cikgu selalu meminta kami supaya belajar bersungguh-sungguh dan rajin bertanya. Namun, saya takut apabila cikgu meninggikan suara apabila terdapat pelajar yang mengantuk dalam kelas, jantung saya macam nak jatuh ke lantai. Wahai cikguku, saya berharap cikgu sihat senantiasa, diberkati dan ceria setiap saat. Saya berjanji akan belajar dengan tekun, rajin bertanya dan menurut perintah cikgu, iaitu menyiapkan semua kerja rumah, terutamanya tugasan semester.