Nominees

Mdm Rozana Bt Jaafar

From Smk Dato’ Razali Ismail

Mdm Rozana Bt Jaafar's photo

Nominated by Nur Hafiza Bt Harizan

Cikgu Rozana seorang peramah dan penyayang serta tegas dalam melaksanakan tugasnya sebagai guru dan ibu bagi anak - anak muridnya. Cikgu Rozana merupakan guru kelas saya,beliau seorang guru yang mempunyai sikap semangat yang tinggi dan proaktif dalam menjayakan iltizam dan harapan bangsa demi melahirkan generasi yang cemerlang. Seterusnya,cikgu Rozana merupakan seorang yang tegas serta teliti dalam memberikan tugasan kepada para pelajarnya dan sentiasa amanah dengan tugasannya sebagai guru. Di samping itu, beliau seorang yang sangat penyayang dan sentiasa mengajar kami serta para pelajar yang lain dengan keadaan yang seronok dan tidak tertekan malah melayan kerenah kami serta mengagap kami ibarat keluarganya sendiri.Selain itu, cikgu Rozana sangat berpandangan progresif dan saintifik serta bersedia menjunjung aspirasi negara dengan amanah yang dipikulnya sebagai seorang guru,beliau juga telah mendapat Anugerah Guru-Guru Terbilang diantara para guru di sekolah saya pada tahun 2017. Akhir sekali,beliau sentiasa menyanjungi warisan negara dan bersemangat patriotik serta beliau sentiasa memupuk semangat tersebut di kalangan pelajar,sepadanlah mata pelajaran yang diajar beliau iaitu subjek sejarah dan bahasa melayu. Beliau juga, amat menitik beratkan semangat nilai - nilai murni di kalangan pelajar dan sentiasa mahukan yang terbaik buat para pelajarnya. Beliau ialah role model bagi para pelajar dan para guru kerana sifat nilai murni dan usahanya yang tidak pernah mengecewakan sekolah bagi mengharumkan nama sekolahnya dengan melahirkan para pelajar yang baik budi pekerti dan bersemangat patriotik yang cinta akan negara.