Mrs Zunita Binti Zulkifli Stork
From SMK Seri Tanjung
Nominated by Fatin Zulaikha Binti Mohd Zainuddin
Guru merupakan permulaan segalanya di sekolah. Jika gurunya tidak baik,begitu juga muridnya. Guru yang ingin saya ceritakan ialah Puan Zunita Binti Zulkifli Stork. Beliau merupakan guru Bahasa Melayu dulunya dan sekarang merupakan guru tingkatan enam. Guru ini seorang yang berdisiplin,baik budi bahasanya,seorang yang penyabar dan sering ingin memastikan yang terbaik buat sekolahnya. Beliau merupakan salah seorang guru yang terbaik di sekolah. Beliau akan berusaha sedaya upaya membantu murid-muridnya yang berada dalam kesusahan. Pernah sekali seorang pelajar mengalami haid yang pertama di dalam dewan peperiksaan. Beliau sanggup berusaha mencari minyak dan ubat bagi mengurangkan sakit pelajar tersebut. Setelah selesai waktu sekolah,beliau terus membawa pelajar tersebut pulang ke rumah. Pernah juga seorang pelajar tidak datang dalam tempoh waktu yang lama. Demi kasih sayang beliau dan keprihatinan terhadap pelajar tersebut,beliau mencari pelajar tersebut sehingga ke rumah. Berbincang dengan ibu bapa pelajar tersebut bagi membantu pelajar tersebut agar tidak dibuang sekolah. Benarlah kata orang,guru umpama lilin yang membakar. Selalu ada si waktu susah dan senang. Tidak pernah mengeluh walau sekali. Terima kasih buat guru yang sangat saya sayangi iaitu Puan Zunita Binti Zulkifli Stork atas segala kebaikan dan ajaran yang telah cikgu berikan. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan cikgu. Semoga Allah sentiasa memberkatimu guru dan juga ibu.