Mrs SOPIAH MALAI SALLEH
From SK KAMPUNG KENINGAU

Nominated by AZRA FARHANAH BINTI AHMAD
Guru sekarang tidak seperti guru dahulu. Anak murid jika dijentik sedikit pun pasti ibu bapa akan 'menyekolahkan' balik guru tersebut. Ketabahan beliau dalam disiplin ini, memberi semangat dan inspirasi kepada adik-beradiknya yang lain, juga kepada anak-anaknya untuk terus berjaya. Bagaimana 'benci', tohmahan yang dilemparkan oleh anak-anak murid disebabkan tegas, garangnya beliau, ada juga anak-anak yang berjaya hasil didikan beliau bersama guru-guru yang lain, masih ada murid yang menyukainya. Ada juga saya bertanya, mengapa masih menjadi guru biasa setelah lebih dua abad bertugas, kenapa tidak naik pangkat saja? Jawabnya lebih banyak tanggungjawab mahu dipikul, sedangkan terkejar-kejar mengajar murid inikan lagi mahu naik pangkat! Dialah guru, sahabat, dan juga IBU saya! Terima kasih atas didikanmu ke atas kami. Dikala penat mengajar anak murid di waktu pagi, dia masih kuat untuk mengajar kami, anak-anaknya. Selamat Hari Guru Ummi ?