Nominees

Mdm NORHASHIMAH ISMAIL

From MRSM SERTING

Mdm NORHASHIMAH ISMAIL's photo

Nominated by NUR AMALIN NATASYA BINTI MOHAMED

Puan Norhashimah Ismail merupakan nama yang tidak mudah untuk dipadam dari minda saya. Lebih mesra dipanggil mama Shima oleh saya dan rakan-rakan seperjuangan. Beliau merupakan penjaga batch kami. Tidak kenal erti penat lelah bagi mendidik kami untuk menjadi manusia. Kenakalan kami semestinya membuatkan beliau pening kepala?..Kami menghargai setiap jasa beliau bagi membantu kami satu batch.. Kami bukan sikit. Beliau menguruskan kami yang dianggap seperti anak beliau yg seramai lebih kurang 130 orang. Dan kami dididik bukan sahaja untuk belajar bersungguh-sungguh.. Malah kami dididik untuk menjaga adab.. Saya masih ingat ucapan beliau ketika hari terakhir kami di sekolah tersebut.. "Maafkan saya kalau saya tak mampu jaga kamu, anak-anak saya semua ni dengan baik".. Beliau berkata sambil menangis.. Bagi kami, setiap usaha beliau amat bermakna dan beliau banyak berkorban. Apabila kami ada program sehingga lewat malam, beliau sanggup tunggu sehingga program tamat dan sehingga kami selamat pulang ke asrama.. Betapa beliau menjalankan tanggungjawab beliau sebaiknya bagi saya.. Banyak lagi cerita mengenai perjuangan beliau yang saya simpan sebagai teladan bagi hidup saya.. Betul la kata orang guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri baginmemberi cahaya kepada orang lain.. Exuberant ❤️ u, mama shima