Ms NOOR EZDIANI BT ZAINAL ABIDIN
From SK MATANG KUALA BERANG HULU TERENGGANU
Nominated by NURUL SYAZWEEN ARISA BT IBRAHIM
Guru Membina Potensi Dan Memupuk Nilai-Nilai Murni Anak Muridnya.Begitu juga dengan diri saya.Saya mempunyai seorang guru yang menjadi inspirasi dalam diri saya.Beliau seorang guru yang tegas ketika mengajar.Disebalik ketegasan beliau tersemat sifat keibuan yang amat tinggi.Susun kata dan tutur bicara beliau amat lembut dan bersopan.Jenaka beliau terselit kisah dan teladan yang dikongsi untuk semua.Teringat saya satu tika, arwah abang terlibat dalam kemalangan.Beliau guru pertama yang sampai di bilik mayat ketika mengetahui tragedi tersebut.Airmata beliau bergenang di kelopak mata waktu itu.Kesedihan yang teramat kerana arwah abang dulu pun merupakan bekas murid beliau.Beliau juga seorang guru yang bercita-cita tinggi.Beliau seorang yang sangat cekal walaupun beliau disahkan menghidap penyakit SLE 10 tahun yang lalu tetapi tidak membataskan beliau aktif sebagai pengurus dan bertindak sebagai jurulatih hoki sekolah sehingga pasukan kami menjadi johan peringkat daerah dan saya dapat mewakili ke peringkat negeri.Beliau juga guru yang sangat hebat dan aktif dalam Persatuan Sukarela iaitu Bulan Sabit Merah Malaysia samada peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan.Dalam kesibukan beliau sebagai guru Tahun 6, beliau juga seorang guru Perpustakaan Media yang banyak memberi tunjuk ajar kepada rakan guru dan murid.Beliaulah guru yang bertanggungjawab membentuk saya menjadi seorang pengacara Awani junior bagi TV PSS.Kehebatan beliau menjadi inspirasi saya.Beliau sanggup meredah kegelapan malam untuk menghantar murid yang sakit ke hospital atau pulang ke rumah.Beliau sanggup menunggu kesemua murid pulang ke rumah selagi ibubapa tidak datang menjemput.Saya pernah terlihat kepenatan beliau, tetapi beliau tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai guru dengan baik.Tiada istilah letih dan jemu pada diri beliau.Guru seumpama Intan permata, didik muridnya seikhlas hati, pasti amalmu Allah berkati, bahagia hidupmu dunia ukhwahi.Beliau seumpama payung menjadi tempat murid berlindung.Jasamu besar ibarat gunung,namamu kelak akan disanjung.