Nominees

Mrs Geetha Subbiah

From KOLEJ TINGKATAN ENAM SERI IPOH

Mrs Geetha Subbiah's photo

Nominated by Wong Chin Chan

"guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangkan orang lain". Perumpaan ini adalah perumpaan yang paling sesuai untuk cikgu saya iaitu Pn Geetha Subbiah. Di belakang kejayaan seseorang lelaki ada seorang wanita, dalam hidup saya wanita itu adalah cikgu geetha. Cikgu geetha adalah seorang guru yang sangat baik dan menunjukkan ciri-ciri seorang ibu kepada pelajarnya. Setiap kali cikgu geetha masuk kelas, saya akan lari mengikut pintu belakang. Tetapi beliau akan berusaha untuk mencari saya dan kawan-kawan saya dan setelah beliau dah jumpa kami, beliau akan membawa kami masuk ke kelas dan memberi coklat untuk dimakan supaya kami tidak keluar lagi. Selain itu, beliau banyak menolong saya dalam menyiapkan tugasan sekolah dan juga untuk menyiapkan kerja kursus. Setiap minggu beliau akan menjemput saya dan rakan-rakan saya untuk datang ke rumah beliau walaupun pada waktu malam, tujuannya adalah untuk mengajar kami mengenai subjek beliau, kerana saya dan dua orang rakan saya amat lemah dalam subjek beliau. Setiap kali peperiksaan saya akan gagal dalam subjek beliau, dan saya tidak akan nangis kerana saya gagal tetapi cikgu geetha akan memanggil saya dan beliau akan mengalirkan air mata kerana beliau anggap bahawa beliau tidak mengajar saya dengan betul dan mempunyai banyak kelemahan tetapi semuanya adalah kesalahan saya. Pada masa itu lah saya sedar bahawa pengorbanan seorang guru itu bukan begitu sahaja, tetapi seorang guru mampu mengubah nasib kita. Dari saat itu, saya cuba sedaya upaya untuk cuba fahamkan subjek dia dan beliau juga akan meluangkan masa beliau di sekolah untuk mengajar saya walaupun beliau mempunyai anak. Pada peperiksaan akhir, saya memperolehi keputusan CEMERLANG dalam subjek beliau iaitu saya me dapat B+ dalam peperiksaan awam. Pada masa itu beliau juga yang nangis apabila tengok kejayaan saya. Dari situ kita boleh tahu bahawa seorang guru mempunyai potensi untuk mengubah sikap seseorang pelajar. Dengan tunjuk ajar cikgu geetha saya berjaya untuk melanjutkan pelajaran saya di IPTS dalam bidang penguruan. Saya memilih bidang ini kerana saya juga ingin menjadi seorang guru yang baik Seperti cikgu geetha. Semua kejayaan ini adalah milik cikgu geetha. Dan saya juga memperolehi keputusan yang CEMERLANG dalam peperiksaan saya di IPTS. Oleh itu, anugerah guru inspirasi ini memang layak untuk diberi untuk puan GEETHA.