Mr Ahmad Azrul Afeze Bin Ahmad Rosdi
From Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi, Kulim

Nominated by Nurul Najwa Binti Azman
"A good teacher can inspire hope, ignite the imagination and instil a love of learning." Sir Azrul, Guru Bahasa Inggeris. Baik, tekun, bertanggungjawab, amanah, berdedikasi, sentiasa patuhi masa dan tiada sifat pemarah. Salah satu guru yang banyak memberi inspirasi kepada saya. Semasa tingkatan 1 hingga tingkatan 3 , saya bersekolah di salah satu Sekolah Kluster Kecemerlangan di Kedah. Tapi, apabila saya menjejakkan kaki ke alam tingkatan 4, saya berpindah ke sekolah harian biasa. Bukan lagi sekolah yang hebat seperti sekolah lama. Saya berjumpa dengan guru yang mengagumkan ini di sekolah baru. Mula-mula masuk sekolah ni, tak kenal pon Sir ni sampailah beliau masuk kelas dan beliau bagitahu yang beliau ajar English. Dari cara percakapan beliau, saya rasa yang beliau adalah seorang guru yang sangat baik hati, peramah, penyabar dan penyayang. Saya mula jejakkan kaki dekat sekolah baru ni bermula bulan Januari. Apabila beliau mula mengenali saya, beliau mengajak dan memberi semangat kepada saya untuk menyertai banyak pertandingan dan program anjuran sekolah dan anjuran kerajaan. Saya sangat bersyukur dapat mengenali beliau kerana apabila di sekolah lama saya, saya tidak pernah mendapat peluang untuk menyertai mana mana pertandingan kerana di sekolah lama saya semua pelajarnya pandai, jadi pelajar yang betul betul mempunyai potensi sahaja yang akan menjadi pilihan guru. Tetapi apabila saya disini, mengenali Sir Azrul, beliau mengajak saya menyertai banyak pertandingan dan beliau pernah mengatakan bahawa " kena ingat satu ja. You join to gain experience, winning is a bonus " . Beliau tidak berharap kepada kemenangan, tetapi beliau ingin memberi pengalaman kepada pelajar. Terima kasih sir kerana memberi saya peluang. Dari pemerhatian saya, beliau merupakan seorang guru yang sangat sibuk. Terlalu sibuk. Tetapi dia sangat rileks and cool. Walaupun beliau penat, beliau tetap boleh tersenyum, tetap boleh gelak gelak dengan students. Kalau kami ada masalah, Sir sentiasa cuba yang terbaik untuk bantu kami. Sir pernah cakap " I can be nice and I can be your friends " dan beliau pernah menasihati kami, pilih kawan yang baik kerana kawan adalah penentu masa depan. Beliau merupakan seorang guru yang sangat mengambil berat tentang anak muridnya terutama sekali dalam pembelajaran. Jika ada kesalahan yang kami lakukan, Sir sentiasa memberi peluang untuk kami membuat pembetulan. Dan apa yang paling membuatkan kami hormat Sir adalah bila Sir layan semua murid sama & adil. Tak kira walaupun pandai dalam pelajaran atau tidak. Walaupun baru 3 bulan saya mengenali beliau, beliau banyak membantu saya. Jadi, saya boleh melihat masa depan saya jika beliau masih disini, membantu dan menyokong saya. Baru 3 bulan di sekolah baru, dah banyak pertandingan saya sertai bawah bimbingan Sir. Banyak pertandingan yang sir handle tapi sir tak pernah tunjuk sir penat. Bila exam dah hampir, kami minta sir buat extra class & sir tetap buat walaupun sir penat. Thank you Sir! Thank you for your time, thank you for your kindness, thank you for your support , thank you for the chances you gave to me. Just wanted to let you know, we are very grateful for having you in our life , sir ! Kami doakan sir dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan semoga semua kebaikan sir selama ni terbalas! Thank you so much Sir Azrul! " The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires" And I swear to god, Sir Azrul is a great teacher.